بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 5 Disember 2013

Suasana banjir ujian suka duka dan kuasa Allah

Assalamualaikum

Musim tengkujuh ni, saya dan Iman banyak habiskan masa di rumah. Lihat cuaca yang mendung, buat diri lebih tenang berada dalam rumah. Tapi bagi saudara kita yang lain terpaksa meninggalkan rumah kerana rumah mereka dinaiki air. Semoga tabah hadapi ujian dan semoga keadaan cepat pulih dengan izin Allah. Tersenyum melihat mereka yang masih mampu tersenyum dengan musibah ini. Kuatnya keimanan mereka.

Di bawah koleksi gambar yang diperolehi dari Facebook. Gambar-gambar yang mampu buat kita berfikir.

Gambar ni pasti dah ramai yang tengok. Hanya kawasan masjid yang tidak ditenggelami air di Kuantan

Gambar yang ini pun ramai yang kongsi. Semua kagum melihat air yang jernih di dalam masjid berbanding air di luar yang kotor.

Yang ni istimewa sikit. Pandai kucing comel ni cari tempat selamat :)

Gambar ni buat rasa terharu.

Kagum dengan gambar ni. Masih mampu tersenyum walau kereta dah tenggelam. Kalau saya nangis dah ni.

Seronok pula tengok gambar pasangan pengantin ni. Ceria je. Mesti jadi kenangan yang indah buat mereka :)

Gambar ni pun menarik. Sayang pakcik ni dengan binatang. Angsa tu yang buat takut tengok. Jangan pula di sudu pakcik tu :)

7 ulasan:

  1. Sesungguhnya apa jua yg terjadi pasti ada hikmahnya. Moga ujian ini meningkatkan lagi kekuatan iman kita semua.

    Percayalah kalau Allah mahu jadikan apa pun boleh terjadi.. kunfayakun Allah tiada siapa mampu menidakkannya.

    BalasPadam
  2. Moga semua mangsa banjir diberi kekuatan dlm menghadapi musibah ini..kesian sgt tgk mrk.. bersabarlah! :(

    BalasPadam
  3. Ya Allah... sedihnya kak.. xtau nak cakap camne... semua yg berlaku ada hikmahnya... sama2 kita berdoa moga Tuhan permudahkan & sama2 kita tingkatkan lagi tahap keimanan kita..

    BalasPadam
  4. warna warni banjir
    bersyukur kita di sini yg tak mengalaminya
    mg mereka yg terlibat tabah
    kagum dgn kuasa Allah pelihara kesucian masjid

    BalasPadam
  5. yg trjadi pasti ada hikmah..kita hanya mendoakan dr kejauhan..semoga mereka tabah menempuh ujan ini..semoga banjir cepat surut

    BalasPadam
  6. sebak tgk gambar² banjir tu.. x blh byg klu selangor jd mcm tu.. kdg sy terpikir² bkn pahang bnyk sungai ker.. pun blh banjir..

    BalasPadam
  7. sedihkan bila tgk..moga diorg semua tabah hadapi dugaan ni....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...