بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 3 Disember 2013

Krisis penyembuhan makan vitamin Shaklee

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ni. Masuk hari ke dua hingga hari keempat lepas makan vitamin Shaklee, kepala rasa berat bila waktu malam. Badan pula terasa sangat letih. Kebetulan saya sedang datang bulan. Jadi saya WhatsApp mama iman tanya kenapa. Dia kata itu mungkin healing crisis. Terus dia WhatsApp gambar di bawah ni.


Saya tanya kena teruskan ke? mama iman kata boleh kurangkan bcomplex tu dari 2 biji jadi 1 biji. Tapi saya degil, terus juga ambil 2 biji.

Semalam, alhamdulillah kepala dah tak berat. Mungkin sebab saya minum banyak air. Namun masih terasa pergerakan aliran darah di kepala, tapi tidak menyakitkan. Yang seronoknya, lepas makan GLA terasa ada perubahan pada muka. Baru-baru ni, tiba-tiba naik banyak jerawat. Sekarang  jerawat-jerawat tu dah beransur hilang. Muka pun rasa lembab je.

Sekadar berkongsi pengalaman..  Terima kasih pada mereka yang kongsi pengalaman dan pendapat dalam entri sebelum ni.


7 ulasan:

  1. teruskan yer kak.. moga ade perubahan positif.. bln ni sy beli ostematrik pulak sbb selalu sakit belakang agaknya sebab kesan bius bersalin dulu kdg dtg .. blk..

    BalasPadam
  2. wah! permulaan yg bagus kan UI..mgkin mula2 tu just nak seimbangkan dulu dgn badan kita, pastu OK lah nti...:)

    BalasPadam
  3. Hmm... Hot betul Shaklee kat mana2 sekarang... Produk utk apa tu sebenarnya Kak?...

    BalasPadam
  4. insha Allah lepas ni bertbah sihat
    shaklee ni dh lama dlm pasaran
    tp baru skrg ia menyerlah

    BalasPadam
  5. bagus2..teruskan..Shaklee ni memang terbaek..:)

    BalasPadam
  6. Haaa...GLA tu..serius mmg best.. nanti pagi2 bila bangun akak akan nampak muka akak xkering..bersih je..gebu la senang citer..hehehe

    BalasPadam
  7. Memang kena teruskan. Ada kesan tu yg bagus sebenarnyakan :)

    @Hanih: rahsia tak boleh beritahu :)

    Betul cik nur, rasa lembab je muka tu.. rasa mcm cantik sikit :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...