بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 6 Disember 2013

Kira BMI untuk tahu kategori badan yang dikatakan sekeping

Assalamualaikum

Kurus sangat ke?

Bila orang asyik cakap saya ni kurus, rasa tak selesa dan tak puashati juga. Sebut kurus takpelah lagi, bila kata sekeping tu yang tak sedap dengar. Saya ni ada perasan juga. Kalau selalu orang cakap macam tu, bila nak berisinya badan saya ni. Nampak je kurus, tapi saya selesa pakai saiz M. Kalau S memang ikut badan.

Untuk puaskan hati sendiri. Maka mula lah mengira BMI diri sendiri. Jawapannya ada di bawah. Mengikut keputusan bawah 18.5 baru di kira underweight. Jadi untuk jawapan saya tu kira masih tahap ok. Cuma kurang 0.5 sahaja untuk capai tahap ideal. Akan diusahakan. Tak maulah dengar orang cakap kurus sangat atau sekeping lagi. Kata-kata tu kan doa.

Ada siapa-siapa nak kira juga? Klik BMI Calculator.


UI: Tak suka tegur fizikal orang... tapi orang suka juga nak tegur fizikal saya. Saya sendiri tak pernah rasa saya ni terlalu kurus :(. Apa pun fizikalnya yang penting sentiasa berdoa Allah beri kesihatan yang baik. Bukan sebab macam nak cantik jer hehe... ;)


Body Mass Index Calculator

Body Mass Index (BMI) is a measure of a person's weight in relation to height, not body composition.

Weight : 45 kg

Height : 152 cm

Body Mass Index :19.5

Result Notes:

  • Between 20 and 25 is considered ideal 
  • Below 18.5 indicates underweight 
  • Between 25 and 29 indicates overweight which can lead to health problems 
  • 30 or higher, experts consider an indicator of obesity which is dangerous to your health. 
These values do not apply to athletes and body builders, pregnant and nursing women, the frail or elderly or people under 18.

6 ulasan:

  1. kaksura pulak ramai yg tegur badan dah naik!!memang sendiri rasa badan dah naik..huhuhu..amik la lemak akak sikit ni Ros..hahaha:)

    BalasPadam
  2. @Sura: lemak baik boleh je... bak lah sikit :)

    BalasPadam
  3. yg penting sihat walafiat.org asyik berkata pasal tubuh badan ni mmg kadang2 stress,hehe..

    dulu sy overweight sikit,skang ni ideal la..jgn naik lagi sudah..:)

    BalasPadam
  4. Betul tu UI..tak perlu lah tegur "sekeping" tu.. mcm kurang sopan bg sy..klu sy pun msti sedikit terasa.. yg penting sihat kan?..:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...