بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 18 Disember 2013

Kadar baru tol yang dikatakan naik

Assalamualaikum

Lama tak update blog sebab AI dah pulang Malaysia hari Rabu minggu lepas. Ada teman jadi blog dipinggirkan seketika ;). Memang saya bukan kategori blogger sepenuh masa. Hanya berblog bila ada masa :). Takpelahkan... memang tak mampu nak fokus sepenuhnya. Namun hati saya tetap ingat pada mereka yang selalu juga singgah sini. Panjang pula intro. Biasalah dah lama tak membebel di sini ;)

Terima info kadar tol baru ini dari WhatsApp. Banyak juga naiknya... Rasanya saya agak ketinggalan juga berbanding orang lain untuk tahu isu kenaikan harga tol ni. Ramai tak puashati kan, namun ada juga yang terima sebulatnya. Maksudnya tak kisah pun. Bagi mereka yang masih mampu memang tidak akan rasa apa-apa. Tapi pada yang cukup-cukup makan pakai sebelum ni pasti akan garu kepala juga. Mula lah cari alternatif untuk tambah pendapatan. Umum tahu harga tol naik, segala yang melibatkan pengangkutan akan naik juga.

Memang rakyat Malaysia gigih mencari rezeki. Kagumlah dengan diri masing-masing yang sentiasa berusaha untuk mencukupi keperluan hidup. Segala keringat kita keluarkan untuk kesenangan keluarga dan negara. Besar sungguh pengorbanan dan jasa kita. Harap pemimpin buka mata. Gaji mereka hasil titik peluh rakyat. Mereka hanya menjalankan amanah wang rakyat untuk digunakan sebaik mungkin. Ada lagi... tapi cukuplah setakat ini dulu. Yang betul tetap betul yang salah tetap salah. Sebab itu ada dosa, ada pahala, ada neraka ada syurga. Sebagai orang Islam berpeganglah pada al-Quran dan Sunnah. Bersihkan lah hati kita sentiasa. Tepuk dada tanya iman.


Kadar baru tol

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMANSARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

10 ulasan:

  1. fuyoooo......!!!!!!!!!!!

    KL-Putrajaya tu srius eden sll jln.. huhuhu

    BalasPadam
  2. boleh tahan banyak yang naik tu... rakyat pula yg kena tanggung... huhuhu

    BalasPadam
  3. Kesian pengguna2 Jaln raya di sana..mgkn kmi tak merasainya tapi mmg simpati.. mmg terasa kesan, dgn segala kenaikan ni..

    BalasPadam
  4. sedikit sebanyak agak membebankan juga penguna jalan raya,yang saban hari melalui tol ni..kalau dah pi dan balik dah bape kan huhu..

    BalasPadam
  5. terang lagi nyata,seme benda naik
    alhamdulillah saya duk kampung
    makan sayur terung tanam seniri..
    geram sangat tapi negeri akhirat ada..
    moga kita semua beroleh rahmat Allah, murah rezeki, rezeki halal..

    BalasPadam
  6. mahal tuu..!

    semua nak naik skarang nikan..tambang bas sekolah pun kata nak naik juga..huhuh

    BalasPadam
  7. Kita ni macam mentimun ...

    durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa

    sedih

    BalasPadam
  8. Kita ni macam mentimun ...

    durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa

    sedih

    BalasPadam
  9. banyak betul naiknya..semua benda naik,hidup rakyat makin tertekan,gaji naik sikit je, barang semua naik..adoi la..

    BalasPadam
  10. Gaji mereka hasil titik peluh rakyat.---kita ni bukan rakyat jugak ke??

    Harap jangan kelirukan pembaca, ok>?

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...