بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 4 Disember 2013

Dah pandai guna WhatsApp dan LINE

Assalamualaikum

Disebabkan selalu berhubung dengan AI guna WhatsApp dan LINE. Iman yang mula memerhati, sekarang dah pandai guna. Macam-macam dihantarnya. Baru ni hantar gambar ummi dia dan gambar dia beserta voice message. Cakap dengan AI, Iman yang hantar gambar tu. Macam tak percaya pula AI. Budak-budak ni tak ajar pun pandai. Kalau ada mesej masuk dari AI, Iman tau.. sebab ada tone khas saya set untuk AI :) "mi ayah mi". Nanti dialah yang buka dulu.

Tengoklah apa yang dihantarnya :)

Yang ni pula aplikasi LINE. Tahu pula rekod suara di sini, selalunya Iman hantar guna WhatsApp

Terbaru saya dan AI berhubung guna Skype. Hangouts AI ada masalah. Guna LINE rupanya kena charge data kalau buat video call melainkan guna WiFi. Terasa cepat pula habis kuota. Tapi Skype lebih ok rasanya. Cakap pun tiada sangkut-sangkut walau cuaca tak elok.

11 ulasan:

  1. makin mudah utk berkomunikasi

    BalasPadam
  2. Hihi..makin pandai Iman ni...comel..pandai dah hantar message dgn ayah... skrg ni mcm2 aplikasi ada utk berhubung...:)

    BalasPadam
  3. terror la iman ye.akak ni pun baru bljr ...anak akak gak lebih pandai dr maknye ni.

    BalasPadam
  4. hebatlah iman.. :)

    nape tak guna wechat??

    BalasPadam
  5. happy lah iman dapat dgr suara ayah kan..terubat rindunya

    BalasPadam
  6. wahhhhh pandai nyer... anak2 cpt belajar ;)

    BalasPadam
  7. Cepat betul Iman pandai yek :)

    BalasPadam
  8. dah pandai ni lebih mudah & senang lah nak berkomunikasi kan !

    BalasPadam
  9. pandai iman..

    budak2 zaman skrg mmg cepat belajar kan

    BalasPadam
  10. wahhh..hari demi hari semakin celik IT..tahniah

    BalasPadam
  11. budak2 generasi Y, cepat belajar :)
    Kami pun lebih prefer Skype...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...