بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 10 Disember 2013

Aiskrim goyang

Assalamualaikum

Pernah makan aiskrim goyang? Ahad lepas saya bawa adik dan anak-anaknya pergi tasik Titiwangsa. Masa sampai untuk pergi ke taman permainan, kami lalu depan aiskrim goyang ni yang terletak depan surau berhampiran restoran dan tempat orang main kereta remote control. Menarik pula tengok saudara tu goyang-goyang tempat nak buat aiskrim tu. Masa tu tengok je..

Bila nak balik baru singgah beli. Anak-anak kecil yang ada semua teringin. Aiskrim ni dibuat dari air yang disusun tepi tempat buat aiskrim tu. Bekas tu acuan aiskrim. Bawahnya ada ais untuk bekukan air tadi. Kagum juga begitu cepat nak bekukan menjadi aiskrim. Cuma goyang-goyang je... tapi jenuh jugalah tengok saudara tu menggoyang :) tu yang buat tertarik nak cuba... ;)

Tengok ramai peminat. Semua tertarik nak beli.

Seronok Iman dengan kakak Najihah dapat aiskrim. Itu lah rupa aiskrimnya. Saya pun nak tau juga rasanya. Oklah, halus je. Tapi kena makan cepat-cepat, sebab lembut. Bila gigit aiskrimnya akan tertanggal dari batangnya. Macam budak dua orang ni. Kesian.. yang last jatuh ke tanah. Masing-masing tak puashati.


16 ulasan:

  1. Ais krim yg goyang..bkn yg makan tu eh..

    BalasPadam
  2. ala2 goyang Inul kut hehe...kalau cuaca panas,lagi cepat la mencair ya..

    BalasPadam
  3. @PCL: yg mkn goyang aiskrim jatuh pula nanti
    @kamsiah: tgn je yg goyang ;) mungkin.. Kena mkn cepat2

    BalasPadam
  4. hihihi..bebudak suka...+ jakun..mak budak??? hihihi..

    BalasPadam
  5. Pertama kali tengok ais krim goyang...tak pernah rasa... macam menarik je

    BalasPadam
  6. Dulu ada jual kat depan sekolah anak kak ina..memang ramai yang beli tapi tak lama tu dah kena saman... takde dah jumpa...anak kak ina suka gak makan aiskrim goyang ni..ada yg letak susu kan..

    BalasPadam
  7. suka juga beli kat pasar tani dulu2... sedap!

    BalasPadam
  8. betul..cepat sangat tertanggal dari lidi tu...kat sana jual berapa? sini 50sen...

    BalasPadam
  9. sedap... dan yg best lenggang dan goyang dia tu tetiba beku...

    BalasPadam
  10. ohh! baru plak tau ada ais krim ni UI.. sini belum ada.. mesti teruja nak makan..hehe..

    BalasPadam
  11. menarik.. x pernah jmpk kat cni lg :)

    BalasPadam
  12. nmpk best..menarik sebab dibikin secara goyang2..kat sini so far tak pernah jumpa lagi...tp macam tak sesuai la kan utk budak,depa makan kan ke lambat..jadi rezeki tanah je..utk kite yg makan cepat ni sesuai sgt.hehe

    BalasPadam
  13. akak pernah jumpa sekali kat kenduri, senang jer tengok dorang buat

    BalasPadam
  14. dah lama x jumpe org jual ni, dulu kecik² pernah jumpe hihihihi.. memang mudah cair.. tp sedapp.. suke..

    BalasPadam
  15. As salam kak,

    Marya dah sampai Msia n dah start kerja pun Isnin lpas... bz xsempat nk heboh2...

    Akak n Iman ape khabar?
    Marya penah tgk aiskrim tu...to samalah xpenah try...selalu org jual kat pasar mlm ��

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...