بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 30 November 2013

Tulisan pertama Iman

Assalamualaikum

Seronok sangat bila tengok Iman boleh ikut huruf dengan garisan dot-dot dalam buku. Setiap perkembangan anak memang buat ibubapa teruja. Sebab itu ramai orang suka cerita perkembangan anak masing-masing kan. Cerita sebab teruja... 

Sibuk nak lukis angry bird je sebelum ni.. puas lah ummi dia nak suruh menulis dengan betul. Tapi saya tak paksa. Saya tetap tulis ABC atau 123. Biarkan dia tengok. Atas gambar angry bird dia pun saya tulis ;)

Setelah berbagai cara ummi suruh ikut dot-dot tu. Akhirnya tanpa pengawasan Iman boleh pun buat sendiri. Terkejut pula saya tengok. Saya pun cium dia cakap "Pandainya Iman".  Hasil tulisan lebih elok tanpa saya lihat. Bila lihat dah jadi kurang cantik. Tak suka menunjuk agaknya :)

Harap ada perkembangan yang positif seterusnya. Kena juga jadi 'cikgu' yang diminati. Baru seronok anak didik nak belajar :).

6 ulasan:

  1. cantik tulisan iman..harapnya iman makin pandai sbb ada cikgu ummi yg pandai..:)

    BalasPadam
  2. tu la, kalau boleh semua benda baru yg anak2 dapat buat nak letak dalam blog, kan? let them know how much we love them :)

    BalasPadam
  3. Seronok nya tgk Iman dah boleh tulis ..Pa'e skrg dah malas skit..sibuk tgk tv je..huhu..

    BalasPadam
  4. @PK: Inshaallah
    @nurbijen: Betul. Ianya akan jd memori buat ibu dan anak.
    @seronok bila tgk ada peningkatan. Kena selalu bg galakan. Takpelah Pa'e tgh bercuti tu :) lps ni dia rajinlah tu..

    BalasPadam
  5. Memang teruja bila tgk perkembangan anak.. Pandai iman menulis. Rajin2 menulis ye iman.

    BalasPadam
  6. pandai dah iman.. :)
    bila hari2 blatih, lama2 mesti mahir.. :)

    silap hari bulan, nanti tulisan dia lagi cantik dari nur..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...