بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 29 November 2013

Melatih diri bersabar dengan karenah anak

Assalamualaikum


Internet dah laju nampaknya.. jadi ambil peluang update blog. Beberapa hari yang lepas Iman demam. Bangun pagi kaki tangan sejuk. Lepas mandi terus badan panas tak turun-turun. Bagi ubat klinik yang biasanya lepas makan akan berpeluh. Tak menjadi. Saya bacakan alfatihah dan 3 kul hembus di seluruh badan dan dalam air minuman sebagai alternatif.

Akhirnya, Iman berpeluh lepas makan ubat sirap panadol perisa strawberi yang dibeli di kedai. Alhamdulillah lega rasa hati. Ubat ini nampaknya serasi dan tidak mengganggu perut dia. Biasanya Iman akan mengadu sakit perut lepas makan ubat demam dan muntah. Bila anak tak sihat ummi tak keruan. Risau melihatnya.

Berbalik pada cerita yang nak disampaikan. Anak-anak sebenarnya memang banyak melatih kita dalam ujian kesabaran. Banyak juga baca tips-tips yang dikongsikan orang difacebook ibubapa cemerlang. Mungkin dulu sikap tegas ibubapa mudah diterima anak. Tapi masa kini, apa yang saya lihat. Bertegas akan buat anak lebih memberontak dan sukar mendengar kata.

Anak-anak sekarang lebih suka pendekatan yang lembut. Betul ke ibu-ibu? Masing-masing ada pengalaman sendirikan? Banyak faktor sebenarnya, dan bila difikir-fikir mungkin ada kesilapan yang kita tak sedar.

Sekarang saya guna pendekatan yang lembut. Bila Iman buat sesuatu kesalahan saya bagi hukuman cium pada dia. Gelak-gelak dia.. sampai cakap "janganlah mi". Kadang cakap "jangan cium banyak ek". Nampaknya ada perubahan. Sebenarnya banyak kesilapan yang saya pernah buat dalam mendidik Iman. Dulu banyak rasa tak sabar, bila nak buat apa pun tak boleh. Nak berkepet je. Kini dalam proses membetulkan kesilapan. Membesarkan anak yang aktif dan susah berenggang memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih-lebih lagi susah duduk diam bila pergi mana-mana. Sebab tu saya jarang jumpa kawan atau ajak kawan datang rumah. Iman mesti suruh layan dia juga. Sampaikan ada orang telefon pun dia nak cakap juga. Berbeza jika dia ada kawan. Saya percaya dengan kata kawan-kawan. Anak yang aktif adalah anak yang aktif pemikirannya.

Anak-anak tidak melakukan kesilapan sebenarnya. Mereka dalam proses meneroka dunia mereka sendiri dan sukakan perhatian. Lebih sukar anak yang suka meniru perbuatan yang negatif dan sukar menerima teguran. Kita je kena banyak bersabar dan pandai-pandai betulkan mana yang perlu.

2 ulasan:

  1. Harapnya Iman dah beransur sembuh ya..
    erm! tentang cara didikan tu mmg sy pun tgh perbaiki diri..terasa sy dulu byk buat silap dlm mendidik Pa'e.. Alhamdulillah skrg dah byk tips yg boleh dikongsikan..
    sama2 kita perbaiki diri...:)

    BalasPadam
  2. kesabaran dlm mdidik ank2 ni betul2 penting...

    moga iman lekas sembuh... :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...