بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Jumaat, 1 November 2013

Ikut kata hati

Assalamualaikum

Setiap orang diberikan hati oleh Allah. Terpulang pada diri sendiri untuk mencorakkannya. Entri ini sekadar ingatan buat diri sendiri. Melihat orang lain gigih berusaha. Ingin menjadi seperti mereka, tapi angan-angan cuma. Benarlah, hidup setakat bercita-cita tapi tiada usaha, tidak ke mana. Apa pun ambil yang positif. Sebagai pengajaran tapi bukan perbandingan.



Jangan bandingkan hidup atau lebih tepat nasib hidup kita tidak sebahagia dan sempurna orang lain. Selagi kita mencari kekurangan diri sebenarnya itu yang membuatkan kita tidak bahagia. Kita kata syukur tapi dalam masa yang sama ada yang kita keluhkan.

Semoga kita benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam menerima takdir hidup kita.   Kerana apa yang kita lalu itu adalah jalan yang kita pilih. Jika ingin bahaga.. Ada caranya. Dalam masa yang sama selari dengan tuntutan agama. Wallahuaklam.

12 ulasan:

Kakzakie berkata...

Itulah sebabnya kita kenalah selalu muhasabah diri dan sentiasa bersyukur.. redhalah atas apa juga. Yg penting kena selalu perbaiki diri..

Kesuma Angsana berkata...

tq berkongsi, ingatan utk diri sendir juga ni !

Shark Kay berkata...

ukur baju di badan sendiri :)

aTieYusof Family berkata...

InsyaAllah sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan...

Cik Tieka berkata...

betol tu kak.memang kena muhasabah diri selalu sbb punca stress jgk disebabkan terlalu banding2kan kehidupan kta dgn org lain..

Mimi Azirah berkata...

setuju..sebab tuh kne muhasabah diri utk perbaiki sgala kelemahan..dan pe yg kite nk buat kne ikut kata hati n fikir sejenak

Puan Kutu berkata...

setujulah..buat perbandingan dengan org yg kurang dr kita membuatkan kita lebih bersyukur..:)

Cik Nur™ berkata...

pasal banding2kan tu, susah nak fahamkan org...nur selalu kena banding2kan...huhuhu

nurbijen berkata...

setuju, biar kita bahagia dengan cara kita tersendiri...

Tihara berkata...

betul tu UI, jika kita lihat orang yg lebih susah,betapa bersyukurnya nikmat Allah beri..satu peringatan yang terbaik :)

Seri Selaseh berkata...

keyword penting yg kita kena ingat selalu adalah 'bersyukur'. Kalau kita bersyukur, kita xkan mengeluh dgn apa yg kita ada. Tapi jgn lupa pula utk usaha perbaiki diri.

Masya berkata...

Redha pd ketentuan allah selalunya hati kt lbh tenang.