بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 27 November 2013

Berdua-duaan bermesra-mesraan

Assalamualaikum

Apa khabar semua... rasa lama tak update blog ;). Bila line internet slow sebab kuota yang sudah  sampai tahap limit, buat hilang terus mood untuk online. Ambil masa menunggu memang tak sanggup. Semuanya sebab Iman tengok video. Tak salahkan dia pun... bila takde orang layan, dia akan cari aktiviti dia pula kan?

Iman memang sentiasa mahu berdua untuk bermesra. Memang dia tak puashati tengok ummi dia buat perkara lain. Boleh kata semua perkara kami buat bersama. Tiada kawan macam tu lah..


Banyak masa kami berdua. Disebabkan banyak masa bersama hubungan tu lebih erat.

Dalam kereta pun berkepet je... tak tahu lah macamana bila kena pergi sekolah nanti. Terlalu manja? tak juga.. alasannya seorang dan kami sentiasa bersama.


UI: Sentiasa lah bermesra-mesraan dengan orang yang kita sayang. Hakikat hidup suka disayangi.. begitu juga hubungan dengan Allah. Sentiasa ingat Allah, sentiasa Allah ingat kita. Setiap yang berlaku ada sebabnya sebagai ingatan dari Allah.

6 ulasan:

  1. untung bila anak rapat dengan ibu...nanti apa2 semua kita akan cerita pada ibu..mcm nur dgn mak mmg rapat..mana2 kami berdua je..heheh

    BalasPadam
  2. Manjanya iman...suka tengok dia :)

    BalasPadam
  3. bukan main mesra Iman dan umminya..
    betul tu, gunakan masa berkualiti dgn anak2 sebaik mungkin :)

    BalasPadam
  4. entry akak ni mcm sama jer situasi sy dgn amir, amir pun klu xde kwn mulalah dia nak tgk youtube.. lps tu .. klu x layan dia bercakap.. protes pulak .. takda org nak kwn dia.. asyiklah nak melayan dia.. ibu x buat kerja rumah karang dibuatnya huhuhuhuhu....

    BalasPadam
  5. InsyaAllah mmg indah klu sllu bersama prg yg kita syg kan?..
    Iman lbh kurang Pa'e kot.. dia siap tanya sy klu sy tak layan dia."ibu tak penat ke buat keja" (sbnrnya dia nak suruh sy perhatikan dia bermain)...:)

    BalasPadam
  6. anak lelaki memang manja dengan mamanya....daripada abah...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...