بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 10 November 2013

Berani yang membimbangkan

Assalamualaikum

Gambar tiada kena mengena dengan cerita ;) masa ni hantar pak uteh Iman nak balik Johor

Internet mulai slow kerana kuota semakin kurang kerana anak kesayangan tu asyik buka YouTube je. Walau dah hilangkan icon YouTube, jumpa juga kat mana boleh tengok :) ambil masa nak buat entri.

Nak sambung kisah yang mendebarkan sewaktu pergi pasaraya. Semasa AI balik baru ni, kami pergi Jusco Bukit Raja. Masa nak makan di Nyonya Colors, lepas order AI dan Iman masuk ke dalam pasaraya. Saya, mak, adik (acik) dan Faris (anak saudara) menunggu di meja.

Masa kami sedang borak-borak, tiba-tiba nampak Iman berlari ke arah kami. Yang saya hairan mana ayahnya. Bila tanya Iman dia excited tunjuk mainan di tangannya. Saya pun cuba call AI tapi tak boleh, rupanya AI pun sedang cuba call saya. Sebab saya nampak dah AI masa tu.

Sebelum tu saya dah cakap dengan mak, mesti ayah dia kelam kabut cari Iman. Macamana boleh tak perasan Iman takde. Yang kami hairan, macamana Iman ingat jalan nak keluar dan cari kami. Pucat AI masa tu. Saya pun terkejut. Tak sangka Iman seberani macam tu.

AI pun hairan. Dia kata tempat yang dia pergi tu jauh dari pintu nak keluar. Ini semua gara-gara Iman teruja nak tunjuk mainan yang baru dibeli pada Faris. Puas juga saya ajar Iman yang dia tak boleh jalan jauh dari kami.

Ada lagi satu peristiwa masa saya, mak dan adik pergi Tesco Meru. Iman sibuk nak makan aiskrim, lepas bagi Iman terus dia lari, saya ingat dia nampak mak dan adik. Sebab dia sebut nama. Rasa tak sedap hati pula. Saya pun cari Iman. Dengar suara dia sebut ummi... ummi... saya pun cari dan jumpa dia. Berdebar betul dibuatnya. Sebab tu jarang juga nak pergi pasaraya melainkan ada benda nak beli. Nak tinggal, Iman tak boleh berenggang dengan kami. Pergerakannya tu laju sangat. Kita yang dewasa ni tak terkejar dibuatnya.

Tapi kalau kami berdua kurang sikit, bila ramai ada kawan, tu yang jadi macam tu. Kalau jalan sekali dah tentu dia tak cari yang lain. Memang kena peka. Risau dibuatnya.

10 ulasan:

  1. ish bahaya...memang kene alert lebih ni

    BalasPadam
  2. haish...kena hari2 lepas ni kak..nur baca..nur jadi seriau...

    BalasPadam
  3. Nasib baik xape kak... Pandai iman cr blk... Bdk2 dah pandai berjln, dah mula kenal org ligat.. Mmg kene hati2pantang lepa

    BalasPadam
  4. Adoiii memg bhya...memg kne sntiasa berhati2

    BalasPadam
  5. berderau darah bila anak takde dari pandangan kan? aimy pun pandai jalan2 sana sini.. kita pegang dia xnk.. huhu..
    budak ingatan mereka kuat. mgkn sbb tu iman tau kat mana ummi dia berada. :)

    BalasPadam
  6. boleh bayang perasaan AI cari iman yang hilang.... iman, iman....

    BalasPadam
  7. kena alert sentiasa, alhamdulillah tak jadi apa2..

    BalasPadam
  8. Fuhh!! memang berdebar..
    Memang kena lebih berhati2 lepas ni kan

    BalasPadam
  9. huhu.. bahaya kan... mang kena alert sentiasa...

    BalasPadam
  10. nasib baik takde pape,kena sellau pesan dekat iman sebelum keluar.budak2 ni biasalah mudah lupa..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...