بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 5 November 2013

Alat berkesan untuk masalah tumit kaki kasar

Assalamualaikum

Tertarik nak kongsi alat yang kira baru juga di beli bulan lepas. Masa tu tiba-tiba rasa nak beli alat ni untuk AI. Tiap kali balik pasti tumit dia merekah teruk. Saya agak disebabkan menggunakan selipar getah. Bila kerja sentiasa guna kasut. Saya pun ada juga masalah yang sama, tapi tak teruk sangat.  Kenalah pakai sandal atau kasut mahal sikit untuk kebaikan kaki. Kalau guna stokin pasti tiada masalah ni.

Ini alatnya. Beli di Magicboo Bukit Tinggi Klang (menjual barang-barang salun kecantikan)

Alat ini ada dua permukaan. Kasar dan halus.

Sebelum ni ada juga gosok guna alat lain, tapi kurang berkesan. Bila beli yang macam ni. Dalam masa kurang 5 minit kaki dah licin. Seronok sangat. Bagi saya kalau sapu krim tapi masih ada kulit mati yang tak dibuang, memang tak nampak sangat kesannya. Memang kena gosok.

Lebih mudah gosok lepas mandi, sebab kulit kasar dah kembang. Bila gosok macam daki jatuhnya. Memang saya syor sangat alat ni. Tak perlu bazir duit ke salun untuk menghilangkannya.

Teringat dulu-dulu masa sekolah. Rajin gosok tumit guna berus sabut. Tak pun gosok atas simen. Untung juga ada lantai simen yang kasar, mudah untuk menggosok setiap kali mandi ;). Tapi sekarang ada alat khas untuk menggosok.

12 ulasan:

  1. is ada beli jugak witu dari avon... tapi seghiau nak buat... sampai kesudah xguna (^___^) kekekeke

    BalasPadam
  2. Kenapa seriau.. Ok je takde apa2 pun.

    BalasPadam
  3. bagus la kalau berkesan.. kat sini mmg xde masalah kaki kasar sbb kena pakai stokin 24 jam.. sejukkk....

    BalasPadam
  4. Kaki pecah2 masalah paling besar kakpb n suami. Sebab kakpb mmg alah dgn lantai marble. Pernah beli krim sapu yg kat farmasi tu, baik kjp jadi balik. Lama2 malas pula nak buat. Alat ni ada jual farmasi ke?

    BalasPadam
  5. tringin nak beli tapi mmg seriau takut kaki luka..hihi

    BalasPadam
  6. @zana: betul. Suami saya pakai selipar hotel dlm rmh :) tak pasti ada ke tak d farmasi

    BalasPadam
  7. @izan: tak luka in sha Allah. Sebab ianya tak kasar sgt.

    BalasPadam
  8. bagus ye siap ada alat,nasib tumit sy masih berkeadaan baik.hehe

    BalasPadam
  9. Bagus juga alat ni kan UI..nk cari juga lah nti.. hubby sy mmg kaki bermasalah jg..pecah2...

    BalasPadam
  10. mak nur mmg ade alat ni..heheh..

    BalasPadam
  11. magicboo ni kat sebelah mana?? nak beli jgk.. kaki mak sy teruk sikit.. sebab dia alah pada simen dan air.. mudah pecah dan kasar..

    BalasPadam
  12. @masya: bangunannya sebaris dgn CIMB dekat Giant bukit tinggi.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...