بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tengok burung percuma di kedai haiwan Jalan Haji Sirat Klang

Assalamualaikum

Iman suka sangat dengan burung sejak dari kecil lagi. AI dah banyak kali juga nak beli tapi bila fikir nak kemana-mana susah nak tinggalkan. Jadi hasrat terbantut. Banyak perkara lain kena difikirkan juga. Yang dibeli burung mainan dalam sangkar ;) ada ceritanya sebelum ni.

Burung kesukaan Iman. Boleh bercakap dan gelak burung ni. Iman sampai tak mahu balik. Nak beli tak mampu. Nak jaga pun tak berani takut mati. Seronok layan burung ni bercakap. Bagi salam je tak pandai ;) terteleng-teleng leher dia dengar. Tapi tak pandai nak sebut ;)

Inilah kedai haiwan yang selalu jadi sasaran melihat burung. Banyak betul burung ada di sini. Cantik-cantik pula tu. Harga boleh tahan. Kedai ni milik orang Melayu. Nak tengok burung free boleh datang sini ;) marah tauke kedai kalau tahu.

Burung paling besar dan cantik


Burung pink pun ada

Iman bagi daun kat burung kegemaran dia. Membebel-bebel burung tu... 


9 ulasan:

  1. wahh.....semua burung2 tu mcm kaler burung angry bird..

    ada tak iman panggil burung2 dekat situ angry bird..hehe


    iman kan suka angry bird.. :)

    BalasPadam
  2. Salam ui,
    Seronok iman dapat tengok burung, yang mak dia pun pandai.. bawa gi kedai, hahahah, kalo mummy jadi tokey tu, mesti mummy jeling maut, asyik tengok orang ni jer datang, tapi tak beli pun...hahahahaha,
    Jangan marah ye, mummy gurau jer

    BalasPadam
  3. tggu iman besar sikit,dh pandai jaga sendiri boleh la bela kan

    BalasPadam
  4. @pmdr: suka burung sangat2
    @cik nur: bukan iman yg ckp mcm angry bird tp faris sepupu iman yg ikut sekali ;)
    @mb: seronok.. ummi pun seronok sebab free ;) tauke tu tau dah.. dtg tgk je hehe
    @pk: betul. Ummi dia takut tak terbela. Kesian sebenarnya :)

    BalasPadam
  5. wah...syoknya tengok burung =) dah lama tak bawa Auni jalan2 tengok haiwan ni..kena pergi juga nampaknya. Teruja tengok iman dan burung tu...

    * jom singgah beli Coklat IQ =)

    http://mawaddahestore.blogspot.com/2013/10/coklat-iq-mencerdaskan-minda.html

    BalasPadam
  6. From owner :

    ENR Pets Shop
    No.7, Jln Inang 5,
    Off Jln Haji Sirat,
    Bandar Bukit Raja,
    Klang Selangor.
    Sebelah balai polis Bandar Bukit Raja.
    Buka setiap hari.
    10am - 8pm.
    Kami menerima pembayaran melalui kredit kad & debit kad.
    Penghantaran boleh di uruskan.
    Untuk sebarang pertanyaan, Sila call 012-6655 285 / 013-262 6969.
    Email : effieparrot@yahoo.com

    BalasPadam
  7. Owner pet shop tu kawan saya, effie namanya.. mmg dia suka kalau orang dtg kedai tok maen dgn pet dia.. harga tertera boleh dibincang.. barang inshaa Allah puas hati 😆

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...