بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 5 Oktober 2013

Stadium bola Shah Alam aktiviti tak sengaja

Assalamualaikum

Secara tak sengaja hari Sabtu minggu lepas sewaktu melihat orang main go kart di Stadium Shah Alam, pada hari yang sama ada perlawanan bola sepak antara Selangor dan Singapura di Stadium Shah Alam. Kami pun saja lihat apa yang ada di khemah-khemah jualan. Dalam melihat-lihat tertarik pula nak beli baju bola untuk Iman sebab murah. RM10 sahaja.

Gaya macam orang nak tengok bola ;) lepas ambil gambar ni ada wartawan suruh anak-anak kecil ni berbaris sambil cakap Selangor menang 10-0. Tapi... mereka ni semua terkedu diam seribu bahasa. Terkejut tengok kamera besar sangat agaknya. Dia rakam juga.. Lepas tu senyum. Ala... comelnya.

Lihat orang mula ramai di belakang tu

Mentor dua jari :)

Masing-masing tukar baju bola.. tapinya baju Kelantan bukan Selangor. Soalan suka-suka buat Iman. Pilih Kelantan atau Selangor? Iman jawab Kelantan :) negeri dia juga dipilih.. samalah dengan negeri AI. Suka tengok wajah Iman masa ni. Sweet.

Sebenarnya orang dewasa lebih dari budak-budak ;) orang lain tengok bola, orang lain yang excited.

Tak rugi juga, sebab Selangor menang malam tu. Keluar stadium berhenti di Petronas berdepan stadium, solat maghrib. Ramai juga yang nak tengok bola solat dan parking di situ.

Pernah sekali masuk stadium ni dengan AI. Masa tu kebetulan juga. Saja-saja... sekali pak guard kata nak masuk ke? tengok sesama sendiri. Masuk je lah orang bagi free. Masa tu ada game, tapi tak ingat apa lawan apa. Tapi tak ramai orang. Itu lah pengalaman pertama tengok dalam stadium.

Rasanya baik tengok di tv. Nampak kecil je orang yang main walau duduk seat depan. Iman takde lagi masa tu...

9 ulasan:

  1. akak takde pengalaman lagi tgk bola kt stadium.jln2 luar stadium ada la hehe

    BalasPadam
  2. akak takde pengalaman lagi tgk bola kt stadium.jln2 luar stadium ada la hehe

    BalasPadam
  3. Lalu jer x pernah singgah huhuhuhu..

    Kami pg ahad ke morib tu...

    BalasPadam
  4. sy pernah sekali je tgok bola kt stadium,tp bukan shah alam la..hehe

    BalasPadam
  5. seronoknya...

    lama dah nur tak tgk bola dekat stadium...

    almaklumlah, pasukan perak pun kalah..kekekek

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera
    Umi pernah tonton bola distadium.Rasanya kena betul2 minat bola kalau nak duduk lama.Umi rasa Umi hanya boleh tonton bola diTV saja,sebab tak boleh nak duduk begitu lama disatu tempat :)sama seperti menonton filem dipanggung,so I don't like being in a cinema for that matter :)
    Nice post my dear,nampak semua enjoy sangat.Have a good Sunday.

    BalasPadam
  7. As salam kak ruse,

    Mmg sweet gambar Iman yang tu... nampak dah besar & bujang dah Iman :))

    Lama dah tak tgk bola kat stadium... masa bujang dulu ada juga pergi 2-3 kali... mmg meriah tp org ramai mcm semut...saya sbnrnye jenis xsuka sesak2 ni... tp sekali sekala layan juga... :))

    BalasPadam
  8. lama dh xtgk bola kt stadium ms mula2 kawen ada juga husband bw g tgk bola kt stadium...

    BalasPadam
  9. lama dah kot xmsuk sne.last msuk time blaja kat poli sne la.tapi setaakat ni xpenah lagi tgk bola live la..almaklum la asyik kn byo je mahe plak 2

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...