بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 21 Oktober 2013

Singgah Masjid Kristal Terengganu

Assalamualaikum

Kali ni kami pulang ikut Terengganu. Saja tukar angin. Bosan juga ikut jalan serupa tiap kali balik Kelantan. Sambil tu boleh melawat Terengganu sekali ;) Dah lama sangat tak pergi Terengganu. Mulanya AI macam malas-malas juga. Saya yang beriya-iya. Turut jugalah AI :)

Bertolak lewat, hujan pula lebat. Mulanya nak cari keropok, tapi saya ajak AI melawat masjid kristal. Sajalahkan... bunyinya je dah menarik. Iman pun teruja bila sampai sini. Kami sampai hampir nak masuk waktu maghrib. Jadi berpeluanglah solat di sini.

AI tanya kenapa panggil masjid kristal? Takde pun kristal. Rupanya kristal tergantung di tengah-tengah kubah dalam masjid. Nak ambil gambar segan pula ;)

Masa baru sampai

AI ambil peluang bergambar bertiga. Semoga 'masjid' kami seindah masjid ini yang berkilauan :)

Seronok tengok Iman yang turut teruja. Selalu susah nak suruh bergambar. Di sini macam-macam gaya dibuatnya.

Cantik pemandangan keliling masjid ni. Ramai orang ambil peluang bergambar. Termasuk kami ;)

Pintu tepi.. cantik kan?

Gambar masjid waktu malam

Pergi mana-mana mesti Iman dapat kawan. Bila tanya Iman.. siapa ni.. abang.. kawan Iman :)


Gambar terakhir sebelum meninggalkan masjid

8 ulasan:

  1. kalau di terengganu, keropok lekor sedap..keropok lekor losong...

    nur sampai teringat2 sedap dia sampai skrang..heheh

    pernah jejak masjid kristal ni dulu, tapi tak tahu pulak ada kristal tergantung..ingtkan kubah bkilat tu sbb panggil masjid kristal..hehehe

    BalasPadam
  2. pernah sampai sekali kat situ..tp tak sempat masuk pun..amik gambar kat luar je..bila malam lagi indahkan..:)

    BalasPadam
  3. salam
    Ni yg tak tahan nak gi masjid kristal disana tu.

    BalasPadam
  4. Kakak pernah sampai sini juga Rose. Tapi bukan waktu solat so just tahiyyatul masjid ajelah...

    BalasPadam
  5. cantiknya masjid kristal..sy tak pernah smp lg kat sini..teringin jugak nk gi

    BalasPadam
  6. cantik seindah namanya.....pernah sekali kesini....

    BalasPadam
  7. tak penah akak singgah ke masjid kristal ni lg.pi trgganu pun baru 2 kali

    BalasPadam
  8. ni antara tempat yg sy teringin sgt nk pegi..harap berkesempatan kesana nti

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...