بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 13 Oktober 2013

Selamat tiba di Kelantan

Assalamualaikum

 Memulakan perjalanan melalui NKVE. Jalan sesak jadi kami pusing ikut jalan lain. Sini je sesak, tak ramai balik rasanya, sebab jalan tak jem sepanjang perjalanan menuju ke Kelantan.

Alhamdulillah sampai sudah di Kelantan. Bertolak lewat pukul 11 pagi dari rumah. Singgah rumah mak saya sekejap, lepas tu makan tengahari dulu di D'Arabic Cafe, Jalan Haji Sirat. Lepas makan dan layan Iman main di taman permainan depan Cafe barulah kami memulakan perjalanan kembali.

Panas-panas nak main. Minat main buai sekarang ni. Pergi rumah nenek dia ada buai, sampai tak mahu balik. Tu yang bersambung main di sini.

Gilir-gilir makan sebab nak jaga budak kecil ni :) bagi peluang main puas-puas. Bila kami dah habis makan baru Iman sibuk nak makan. Nasib baiklah AI ada order makanan untuk bungkus bawa balik.

Dalam perjalanan singgah makan malam di Gua Musang. Pertama kali makan di kedai Sri Murni ni. Rasa ok cuma lambat sikit servisnya.

Sempat lagi Iman beli topeng ni masa kami makan di Gua Musang. Dah beli takut pula.. cuba teka topeng apa? Tengok orang pakai, dia pun dah mula mengikut.

Lewat juga sampai pukul 12.30 malam. Mak mertua pun dah tidur. Tak sedar kami ketuk pintu. Cuba berkali-kali telefon akhirnya berjawab juga. Kalau tak sedar kenalah tidur tempat lain ;)



11 ulasan:

  1. alhamdulillah..salam aidil adha UI..saya pun di rumah mertua ni..Bt Laut hehehhe takdelah jauh sgt..lps thari raya ke rumah mak pula

    BalasPadam
  2. bestnya balik kampung, sallt tak dapat cuti...wuwuwuwww....

    p/s:Topeng Spiderman!! hehe

    Salam Aidiladha

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....

    topeng spider man ke tu..heheh

    selamat hari raya aidil adha kak.. :)

    BalasPadam
  4. Salam Aidiladha juga buat Ummu Amar, Sally dan Cik Nur. Betullah tu.. topeng spiderman :)

    BalasPadam
  5. kata org raya haji dikelantan ni meriah..bstnya iman dpt balik kmpg..:)

    BalasPadam
  6. Salam ui,
    Ada di kelantan brapa lama?
    Mummy sampai jerteh ptg jumaat,
    Pg rabu dh gerak balik tampin,
    Anyway, salam aidiladha buat ui sekeluarga..
    Kiss boboi for mummy plz...

    BalasPadam
  7. salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dah selamat sampai Kelantan ye.. mesti meriah sambutan raya ni...seronok Iman main buai tu...:)

    BalasPadam
  9. Slmt hari raya Eidul Adha my dear

    BalasPadam
  10. PK: sambutan raya di Kelantan biasa2 je.. cuma kemeriahan menyambutnya shj yg lebih. Maksudnya smgt beraya tu ;)

    Mummy: ada di jerteh ke? tak jauh tu. rmh siapa? Kami pun Inshaallah balik hari Rabu juga. Salam Aidiladha juga buat mummy sekeluarga. Dah tlg kiss boboi :)

    NM03: salam kenal. Terima kasih singgah. Nanti saya singgah

    Atie: :)

    Umi Azizan: Slmt hari raya juga :)

    BalasPadam
  11. Dah habis raya sy baru baca kikikik

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...