بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 Oktober 2013

Pertama kali singgah Masjid Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ni. Lepas balik dari KLCC kami menuju ke Jalan Duta pula. Disebabkan belum solat kami singgah di masjid Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur kerana itu yang paling hampir dengan laluan untuk ke office kontraktor. Namun AI tak jadi pergi office sebab barang yang nak diambil tiada. Maka lepas solat kami terus balik.

Besar sungguh masjid ni. Nak ambil gambar penuh pun tak boleh sebab atas bukit.

Iman cari ikan :)

Ni bahagian atas.. Luas ruangan terbuka ni.. ada kerja-kerja membaik pulih di sini.

Ruangan solat yang sejuk sebab ada aircond :)

Yeay Iman dah sampai sini.. tiba-tiba dia buat macam tu bila saya nak ambil gambar :)

Semenjak akhir-akhir ni banyak pula entri tentang masjid. Kebetulan sebenarnya. Dah singgah rakam je kenangan yang ada. Suka tengok binaan masjid. Cantik-cantik semuanya.

Laman resmi masjid wilayah perseketuan Kuala Lumpur : http://www.masjidwilayah.gov.my/v1/. Boleh tengok aktiviti di masjid ini dan juga masjid lain. Menarik websitenya.


7 ulasan:

  1. macam pernah datang masjid ni masa sekolah rendah dulu ngan my parents, ingat2 lupa

    BalasPadam
  2. saya sendiri pon x pernah jejak kaki, tgk dari jalan raya jer pon...

    BalasPadam
  3. macam tak pernah pergi juga kat masjid ni

    BalasPadam
  4. Kak ina tak pernah sampai lagi masjid ni..teringin lak nak solat kat situ..

    BalasPadam
  5. Cantik binaan nya..belum pernah ke sini..

    BalasPadam
  6. Nur pun belum pernah singgah sini..

    BalasPadam
  7. mmg seronok tgok binaan masjid yg cantik2,sy suka tau

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...