بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 16 Oktober 2013

Menu raya di Kelantan

Assalamualaikum

Belum pernah buat entri tentang santapan raya di Kelantan. Saya cuma suka nak cerita masakan kegemaran mak mertua bila tiba hari raya. Tak kira ramai atau tidak yang balik pasti menu ni ada. Air tangan mak mertua memang sedap. Maklumlah orang lama. Memang ramai yang memuji.

Sate merupakan menu yang wajib ada baik raya Aidilfitri mahupun raya Aidiladha. Kuah sate mak mertua sedap. Biasa di Kelantan kuah sate di makan dengan roti. Sama ada roti kosong bulat atau roti buku.

Menu kedua pula nasi dagang. Saya kurang gemar nasi dagang. Tapi nasi dagang mak mertua buat saya suka nak makan. Gulainya cukup sedap. Bila sedap tak suka jadi suka. Betul tak?

Gulai kerutuk ayam kampung. Belum lagi tuntut ilmu. Kena belajar ni..

Setiap tahun saya ambil bahagian cucuk sate. Dah berbelas tahun. Mahir sudah. Bab cucuk sate je lah ;) kali ni cucuk sorang-sorang. Sebab kami je yang balik. Yang lain tak cuti.

Apa menu wajib kalian pula... mesti sedap-sedap.

17 ulasan:

  1. alaaaaaa :(
    rindunya nak balik kg .
    raya nie tak balik kota bharu . erm :(

    BalasPadam
  2. suka juga makan nasi dagang, time betul2 lapar mmg best =)

    BalasPadam
  3. terliurnya tengok kerutuk tu...:)

    BalasPadam
  4. nasi dagang, feveret suami tu..

    BalasPadam
  5. Siapa jadi tukang bakar Rose? Mesti Ayah Iman dan Imanlah ye sebab yg lain tak balik..

    Kakak suka nasi dagang yg dari Kelantan memang sedap - besar dia pun lain.

    BalasPadam
  6. Eh... salah eja 'beraslah' bukan besar hihi...

    BalasPadam
  7. wah! sedap2 menu raya haji rmh mertua tu UI..NAsi dagang?? uwaa..lama tak makan..sedappp nya tu...
    sejak dah khawin ni, menu wajib tiap kali raya rendang daging..kegemaran hubby...:)

    BalasPadam
  8. tgk sate tu jer sy da terliur...

    BalasPadam
  9. dah lama tak makan nasi dagang :(
    kami pun bakar satay jugak kelmarin :)

    BalasPadam
  10. hurmmmm lamanyerrr xbalik kelantan.tahun dpn nk balik lah :)

    BalasPadam
  11. sedaplah nampak satay tu...
    bestlah ada menu wajib yg sedap. :)

    BalasPadam
  12. @kakzakie: mak mertua yg bakar :) AI tak pandai. MIL kata "ma tak rajin suruh" ;)

    BalasPadam
  13. Bestnya...tahun ni tak dpt lagi nak sambut Raya Haji di Klate..cuti x pjg ..:-(

    BalasPadam
  14. sedapnya... rindu dgn kg... huhu

    BalasPadam
  15. terliurnya tgk sate tu!

    kalau mak mertua izan, menu wajib ada tiap kali raya mesti pulut dakap. tak kisahlah mkn dgn kari ke, rendang ke.

    BalasPadam
  16. Wahhhhh meriah... sedap... :D

    BalasPadam
  17. menu wajib kami tentulah ketupat dan rendang.tak kira raya pusa or haji..

    taun ni MIL msk nasi jagung,ayam msk merah,kurma kambing.gambarnya tak sempat pun snap..tau mkn je..:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...