بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 Oktober 2013

Menu daging korban

Assalamualaikum

Alhamdulillah banyak sungguh rezeki daging korban ma AI tahun ni. Ramai yang buat korban adalah rezeki pada yang lain. Daging korban ni biasanya manis. Lembu sihat dan daging pun segar. Bila dapat daging masing-masing masak daging. Ma AI selain buat sup dan daging goreng, dia suka buat daging kering / masin.

Daging masin ni memang sedap. Siapa makan pasti suka. Cara buat daging masin ni ma AI kata dapat dari saudara dia yang pernah jadi tukang masak istana. Memang ma AI sentiasa buat daging masin ni. Saya pernah cuba buat. Tapi cara tak betul. Jadi rangup bila goreng ;) tapi mak / bapa saudara saya kata sedap. Orang tak biasa makan. Kalau tahu rupa sebenar pasti kata tak jadi ;).

Mari belajar cara nak buat daging masin ni.

Mula-mula basuh daging bersih-bersih. Kemudian gaul kan dengan garam dan sedikit gula. Gula untuk daging garing bila di goreng.

Dah siap gaul. Proses jemur daging pula dilakukan. Ma AI gantung guna dawai. Mudah cucuk daging di dawai kemudian ikat. Jadi cepat kering. Proses jemur ambil masa 2-3 hari juga. Rupa daging dah kering bertukar jadi sedikit kehitaman. Lepas kering daging tadi digoreng kemudian ditumbuk. Nanti update lagi rupa daging masin yang sudah siap untuk dimakan.

Nampak banyakkan daging di atas tu. Daging tu ada bahagian adik ma AI juga yang sekarang ada di Putrajaya. Dia minta tolong buatkan.

Sup tulang daging korban. Bagi kami sup ma paling sedap. Tiada tandingan. Cara buatnya berbeza sedikit. Ramai tuntut ilmu tapi tak jadi serupa ma buat.

13 ulasan:

  1. 1st time tgk org keringkn cmtu... :-)

    BalasPadam
  2. wah! sedapnya... tak pernah makan lg daging kering ni..sup tu pn mmg nampak sedap...:)

    BalasPadam
  3. x pernah g makan daging masin... mesti sedap...

    BalasPadam
  4. saya tk pernah try dgg masin..mesti best.

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi makan daging masin... mesti sedap tu...

    BalasPadam
  6. daging masin, pertama kali nur dgr ni kak..nanti akak letak la pic mcm mana rupa daging yg dah siap di jemur tu tau.. :)

    dijemur tu mcm disalai la kan....

    kalau buat masak lemak pun sedap kot kan..

    BalasPadam
  7. izan pun pertama kali tau pasal daging masin tu. mesti sedap rasanya kan.

    BalasPadam
  8. MJ tak merasa lagi daging korban tahun ni.. sedih kan..heheee

    BalasPadam
  9. 1st time sy tgk daging dijemur mcm tuh utk buat daging masin..bru dnga..huhuhu

    BalasPadam
  10. 1st time jgk dgr menu daging masin ni. Mesti sedap.

    BalasPadam
  11. teruja nak cuba bila dengar menu daging masin ni,sekali kena jemur,terus cancel.ssh sy nk jemur.hehe.

    sup tulang mmg menu wajib setiap kali raya korban.

    BalasPadam
  12. Salam.... time kemarau nie tetiba teringat nak buat daging masin...dulu2 mak dok buat...la nie kena google baru tau cam mana...tq info berguna.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...