بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 29 Oktober 2013

Ke Taman KLCC sementara menunggu AI

Assalamualaikum

Hari Khamis malam minggu lepas AI balik semula ke sini. Ada masalah sikit nak masuk Iraq jadi dari menunggu di Dubai dia kata lebih baik balik. Tak puas main dengan Iman katanya. Saya dan Iman ambil AI di airport. Beritahu Iman nak ambil ayah. Bukan main seronok lagi dia. Tergamam bila nampak AI depan mata.

Esoknya teman AI pergi office. Iman request nak main di taman. Jadi saya bawalah dia ke taman KLCC tu. Tak ingat pernah bawa Iman datang sini ke tak. Mujurlah Iman tak merengek nak mandi bila tengok kolam mandi di situ. Bukan apa tak bawa baju untuk mandi manda.

akhirnya berjaya juga dapat gambar yang menarik ni ;) perasan.. menarik ke?

muka seronok tengok air. "air pancut mi"

Tengoklah orang lain mandi manda.

Tak ramai orang. Maklumlah hari bekerja. Tambah panas lagi. Sibuk suruh ummi bawa kereta tu, dia nak duduk belakang. Mana boleh nak oii... nanti kena "priiittt". Orang dewasa tak boleh main ya.. Mujur masa saya naik buai diorang tak perasan ;) tak tau lagi masa tu. Yang mana tak selamat tu.. kenalah tiup wisel. Malu juga kalau kena ;)

"tolong saya" ayat kegemaran Iman sekarang ni. Takde kawan macam tu lah gayanya. Tunjuk perasaan :)

Puas lah Iman main buai hari tu.. Lama juga tunggu AI.. Berpeluh-peluh dibuatnya.


6 ulasan:

  1. belum pernah lagi bawak anak2 ke situ.. ;)

    BalasPadam
  2. Kak ina pun baru sekali pegi taman KLCC tu..selalu kat dalam aje :)

    BalasPadam
  3. kalo weekend mesti ramai...huhu

    BalasPadam
  4. berganda2 la hepi iman yea..heheh

    cantik view KLCC tu kak...kalau mlm mesti cerah je kan

    BalasPadam
  5. Eloknya pergi waktu hari org bekerja tak sibuk. Puas main pilih aje mana satu..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...