بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 9 Oktober 2013

Kacang pistachio berkhasiat kesukaan Iman

Assalamualaikum

Nak cerita tentang Iman yang suka makan kacang pistachio. Kalau pergi Dubai memang banyaklah kacang ni. Harganya murah berbanding Malaysia. Besar-besar pula tu. Disebabkan suka jadi AI belilah untuk Iman. Beli yang kurang masin. Sebab ada yang masin. Banyak sungguh garam pak Arab letak ;) boleh pilih nak masin atau tak.

Kalau dah makan susah nak berhenti. Suka buka kulit sendiri. Tak mau orang tolong. Kecuali susah nak buka. Barulah minta tolong. "mi... keras"

Ummi Iman google khasiat kacang pistachio untuk info kesihatan. Mana tau makan lebih nanti ada kesan lain pula. Alhamdulillah bagus rupanya kacang ni. Khasiatnya seperti di bawah.

Kacang pistachio mempunyai khasiat tersendiri antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zink. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.

Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari.

Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini Berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol hingga sekitar 6.7 peratus dan kolesterol lDl (kolesterol ‘jahat’) hingga 11.6 peratus.

Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus.


9 ulasan:

  1. memang sedap kacang ni...
    jgn kata iman, nur pun suka...

    BalasPadam
  2. kacang kegemaran sy masa mengandung dulu .. amir pun suka.. sy jer jrg belikan.. kat sini mahalkan..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, singgah di sini :)

    sy pun suka makan kacang ni terutamanya masa mengandung dulu..

    jom singgah http://ummuamar.blogspot.com

    BalasPadam
  4. mmg bagus kacang ni,...tapi kat cni..mahalkan

    BalasPadam
  5. Sy pun suka kacang ni UI..cuma tu lah kan, klu kt sini mahal sikit..tak dpt la nak beli sllu...

    BalasPadam
  6. saya pun suka kak hihihi
    qalief pulak kalau kacang ni dia suka tp xmau kopek sendiri hikss...sy la tukang kopek kulit kacang tu dia mkn jer

    BalasPadam
  7. kalau beli kacang ni..memang berebut..tp nak beli selalu2 tak leh ler..mahalll..untung la Iman makan sorang2..:)

    BalasPadam
  8. kacang ni mmg sedap,tp harganya tu mahal sikit kan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...