بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 18 Oktober 2013

Jalan-jalan bandar Kota Bharu dan Kedai Buluh Kelantan

Assalamualaikum

Setiap kali balik Kelantan kami suka pusing-pusing. Memang tak pernah jemu melawat kawasan ;)

Pengkalan Marin Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Kelantan. Tempat orang naik bot dari Kota Bharu menuju ke Kampung Laut. Mulanya nak bawa Iman naik. Tapi disebabkan setengah jam satu, AI malas nak tunggu. Lagi pun dah lewat.

Layan Iman main bola je lah dekat sini. Bola tu pun dah terjatuh di semak tepi sungai semasa kami sibuk bergambar ;)

Inilah rupa botnya. Tumpang ambil gambar je. Iman peluk erat AI sebab takut bot bergoyang.

Peluk erat ummi pula. Saja meng 'geram' :)

Tempat wajib bergambar bagi mereka yang melawat Kelantan. Betul tak? Tapi kami belum bergambar di sini ;)

Saja ambil gambar bangunan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ni. Suka tengok reka bentuknya.

Lepas pusing bandar kami ke kampung kedai buluh. Tengok muara, sambil beli keropok. Jarang jumpa keropok cap kapal ni. Sedap jugalah.



6 ulasan:

  1. seronoknya jnjalan.. blum pnh jejak bumi kelantan...

    BalasPadam
  2. Xpenah lg pegi kelantan. Teringin jgk nk pg..

    BalasPadam
  3. rindunya kota bharu....
    masa sekolah dulu, suka sgt posing kat pintu gerbang quran tu... hihihi

    BalasPadam
  4. bumi kelantan mmg byk tempat menarik,sy belum kesempatan nak pusing satu kelantan..baru smp kesana sekali je..)

    BalasPadam
  5. hehehehe..nmpk betul iman takut duk atas bot tu..
    hehehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...