بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 27 Oktober 2013

Iman makan durian Kelantan

Assalamualaikum


Semasa balik Kelantan baru ni. Iman bersungguh nak makan durian. Beli sebiji untuk dia. Itupun ma tok yang bersungguh suruh AI beli sebab kesian Iman terliur nak makan :) AI tak suka makan durian. Takut sakit. Dulu masa remaja pernah kena demam teruk lepas makan durian, tu yang AI serik.

Durian Kelantan sedap juga. Lemak-lemak pahit. Iman tak makan banyak pun seulas je.. selebihnya ummi dengan ma tok makan. Itu pun tak habis. Sebiji RM3 sahaja. Besar juga buahnya. Walau pilih yang paling kecil.

Iman mula makan durian masa pak utehnya (adik lelaki saya) beli durian di rumah nenek dia baru-baru ni. Kena dengan selera agaknya. Tu yang teringat-ingat. Pantang nampak orang jual. Mesti cakap "mi.. nak durian mi..". Tapi ummi tak beli pun. Sebab ummi pun makan sikit je. Sedap memang sedap. Tapi makan buat rasa je ;)

Sekali sekala bolehlah bagi Iman makan. Mujur makan sikit je. Tu ajar setiap kali makan, minum air dalam kulit durian supaya badan tak panas atau sakit tekak.

3 ulasan:

  1. pandai juga ye iman makan durian..durian n ikut org gak,klu badan ok belasah byk mana pun boleh..:)

    BalasPadam
  2. sekali sekala pekena durian best jugak sbb bermusim kan UI :)

    BalasPadam
  3. sedapnya durian...kalau iman teringin nanti bolehlah beli yg siap pack dekat pasaraya...tak byk pun kan dalam tu, bolehlah bagi iman rasa...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...