بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 31 Oktober 2013

Buku terapi Ayat Ilahi daripada AI

Assalamualaikum

Semasa AI balik baru ni, dia belikan saya buku Terapi Ayat Ilahi ni. Katanya bagus buku ni. Bacalah. Tiba-tiba je dapat hadiah buku. AI susah nak beli buku melainkan buku yang betul-betul bagus untuk di baca. Mungkin disebabkan saya kerap juga pergi buat rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran maka dia beli buku ni untuk saya lebih faham.

Saya baru baca sedikit (masuk bab 5). Memang menarik bukunya. Betapa hebatnya kuasa ayat Ilahi buat kita semua. Dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran, sistem saraf kita yang rosak boleh diperbaiki. Tak hairanlah ada yang boleh sembuh dari kanser hanya membaca dan memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran.

Teringat arwah ayah saya yang lama juga uzur akibat masalah paru-paru. Setiap kali mak saya bacakan ayat Al-Quran, arwah akan cakap "tenang saya bila dengar awak baca". Nafas yang kencang pun jadi lebih tenang.







Maaf gambar kurang memuaskan. Kalau tak nampak baca di skrin, klik je pada gambar ok. Jika rasa menarik bolehlah membelinya. Saya belum khatam lagi membacanya. Kena cari suasana tenang untuk memahami. Baca je tapi tak fokus tak boleh juga. Tak faham apa yang dibaca. Maklumlah ada anak murid sorang di rumah yang sentiasa suruh fokus pada dia ;)


7 ulasan:

  1. betol tu kak..ayat Al-Quran memang terapi semulajadi..sy selalu dgr org sembuh dri penyakit kronik dan tanpa pembedahan lepas buat terapi ayat al-Quran :)

    BalasPadam
  2. tq...kongi info buku nie...menarik nanti boleh cari nak juga belajar2 cara2 perubatan melalui ayat2 ilahi nie....

    BalasPadam
  3. terima kasih share UI, teringin nak beli one day :)

    BalasPadam
  4. hebat kuasa ayat Al-quran.kita semua sedia maklum,tp klu ada buku ni msti boleh lg mendalaminya kan

    BalasPadam
  5. Saya telah habis baca buku Terapi Ayat Ilahi, dan sedang ulang semula kerana sangat menarik fakta2 yang diberikan. Kebetulan saya ternampak buku ini di kedai buku di - PKNS Shah Alam dan terus membelinya.

    BalasPadam
  6. Saya telah habis baca buku Terapi Ayat Ilahi ini. Kini sedang ulang semula membacanya - kerana amat menarik dan sangat berinfomasi. Kebetulan saya terjumpa buku ini di kedAI buku di PKNS Shah Alam dan terus membelinya. Tak semua kedai buku menjualnya.

    Azizan Taiping, Perak.

    BalasPadam
  7. boleh cari buku ni...byk manfaat yg boleh kita amalkan...

    terima kaseh sudi share.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...