بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 23 Oktober 2013

Bermula episod nak ayah

Assalamualaikum

Semalam kami hantar AI ke KLIA. Cemburu betul masa dengan kami. Dua minggu rasa begitu cepat. Baru nak manja-manja dengan AI. Sedih.. semua pun sedih, tapi nak buat macamana... rezeki harus dicari. Setiap orang punya rezeki yang berbeza. Ya tak? Kalau di sini sudah cukup. AI pun tak sanggup nak pergi meninggalkan insan-insan tersayang.

Seronok sangat dia bila ada ayah. Macam dunia, dia yang punya ;)

AI yang ambil gambar ni..

Ini juga..

Ini pun juga..

Ini pun AI ambil masa di Pahang. Kalau betul boleh jadi ultraman, dah lama Iman terbang agaknya ;). Hidup dunia realiti tak sama dengan alam fantasi yang boleh membayangkan semua yang indah sahaja. Realiti hidup.. akan lalu saat yang bermacam rasa. Iklan sedih sekejap ;)

Bermulalah ayat "nak ayah" entah satu hari berapa kali disebutnya. Tak keruan ummi dibuatnya. Kena cari kawan untuk main baru tak teringat sangat. Semua yang ditinggalkan pasti sedih. Kekuatan bergantung pada kepercayaan kita kepada Allah. Itu yang membuatkan kami kuat.

14 ulasan:

  1. Siannya iman...

    xpe2..nanti ayah iman balik la.. :)

    BalasPadam
  2. kesian Iman..dia tak puas duk ngan ayahnya tu..nanti ayah balik lagi buleh manja2 ngan ayah ya..budak2 rindu dia bercakap..kita yg besar ni rindu..memendam jelah..:)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...kesian nyer demi tugas terpaksa juga kan...:)

    BalasPadam
  4. Ksian dengan Iman, mesti rindu tak tertahan..

    Sabar ye sayang

    BalasPadam
  5. faham sgt, sebab KA pernah mengalami situasi yg sama dulu2.. sebagai mak kita kena kuta dan jgn tunjukkan kesedihan pd anak2 kan !

    BalasPadam
  6. Kakak ada anak saudara yg kerja di Qatar Rose. Tapi mujur anak dia tiga so bila ayah dia baru balik ke sana masing-masing bercerita "kalau abi ada kan best". So kalau Iman ada kawan betul boleh lupakan sikit.

    Kesian anak-anak belum faham..

    BalasPadam
  7. Awak kuat dan tabah..kalau kak ina taktau la camne nak handle bila suami takde sama..

    BalasPadam
  8. alo.lo..lo...kesian Iman..kena kuat ye cyg... InsyaAllah nti ayah balik lagi...:)

    BalasPadam
  9. kesian iman,betul tu kena bagi iman kawan..bagi adik ok kot iman kata.hehe

    BalasPadam
  10. kesiannya dia.. ank sy pun abi dia g kerja pun sibuk gak kata nk abi.. huhu.. runtun hati kalau sllu sebut kn...

    BalasPadam
  11. Kesiannya kalau tengok bebudak ni merengek nak ayah atau emak. Kita pula yang jadi tak keruan, sedih pun ya jugak. Dalam hati kita pun nak gak 'ayah'nya!

    BalasPadam
  12. Alahai iman auntie yg sebakkkk... Bdk2mmg x paham lg kak klu berjauhan ktlah kene main peranan.. Kuatkan semangat dia.. Spy dia x ingat sgt

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...