بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 11 Oktober 2013

Basikal besar tak payah belilah ayah

Assalamualaikum

Iman suka sangat main basikal. Pergi mana-mana nampak basikal pasti nak naik. Tak dapat naik, kejar orang naik basikal pun takpe. Disebabkan minat yang mendalam, beberapa hari lepas AI tunaikan hajat Iman. Kami saja ambil yang besar dan boleh guna lama. Mulanya Iman tak mahu. "tak payah lah ayah.. kat rumah dah ada basikal... dua". " basikal tu besar.. Iman tak boleh naik".

Pelik pula bila Iman tak mahu. Pergi kedai basikal lain, tengok basikal yang sama juga brand raleigh kegemaran AI. Reason tahan lama. Bagi Iman cuba lagi sekali. Kali ni tempat duduknya rendah. Bila boleh kayuh separuh, saya tanya.. "Iman nak tak basikal ni". Angguk kepala. Nak warna putih ke biru.. "biru". Akhirnya beli juga basikal yang di katanya besar tu.

Main basikal dalam rumah je ;)

Bolehlah kayuh tapi tak boleh pusing habis. Kaki tak sampai.

Iman main sekejap-sekejap sahaja. Tak puashati tak boleh kayuh habis. Basikal kecil dia juga yang dia naik. "basikal ni besar". Itulah ayat yang diulang-ulangnya. Tak biasa lagi sebenarnya.. lama-lama nanti oklah tu.

9 ulasan:

  1. hehehe macam dina dulu kayuh baikal dalam rumah...

    cumil je iman...

    BalasPadam
  2. wah! Iman ada basikal baru..seronok lah Iman mengayuh...Pa'e mula2 je excited kayuh basikal baru dia pastu dah dibiar2kan...:)

    BalasPadam
  3. tinggi sikit lagi, baru best nak kayuh he3...

    BalasPadam
  4. selamat berkayuh Iman!hehhehehe dalam rumah pun dalam rumah lah..:)

    BalasPadam
  5. assalam, wah! basikal baru..basikal tu tak membesar nanti...iman yang akan membesar , basikal tu pula akan mengecil...hehe,,baru sampai kaki..

    BalasPadam
  6. Sebab Iman bandingkan basikal yg sedia ada rasa macam besar. Tapi betul Rose beli besar sikit tahan sampai besar. Buang roda kanan-kiri bila dah pandai...

    BalasPadam
  7. amir dulu pun 3 tahun kot baru boleh mengayuh habis huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. lepas ni bolehlah bawa basikal main dekat tempat lapang..boleh ajar iman kayuh sampai habis.. :)

    BalasPadam
  9. pandi jugak tu man mengayh walauun besar..aiman ni tak tahu la reti ke tak kayuh basikal,nk belikan tak nak tau..dia gila main game ja..hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...