بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 28 Oktober 2013

Ayuh skipping

Assalamualaikum

Tali skipping dan lapik yoga untuk bersenam

Terbaca dalam majalah kesihatan bermain tali skipping bagus untuk kesihatan. Terus semangat membeli tali skipping di Jusco. Macam-macam jenis tali ada. Ada yang ada counter lagi. Tapi saya beli yang biasa je ;)

Balik dari beli terus melompat. Padahal dah malam. Kedepek-kedepek bunyi tali kena lapik yoga tu. Semangat untuk mencuba. Dah lama sangat tak main skipping. Mengah juga. Iman tengok pun hairan. Kenapalah ummi ni melompat malam-malam ;) tergelak tengok muka dia. Dia pun nak melompat juga. Tapi tali panjang. Nak kena cari untuk budak-budak punya. Di mana ada jual ya?

Memang berkesan untuk keluarkan peluh dengan cepat. Buat sikit-sikit dulu. Terus banyak nanti keras pula urat kaki sebab terkejut :) alat senaman yang murah dan mudah. Rajin dengan tak je nak buat ;)

Kelebihan skipping yang diambil dari majalah kesihatan:

Lompat tali atau skipping merupakan senaman yang praktikal dan sederhana dalam membantu melatih sistem kardiovaskular, mengencangkan otot serta melangsingkan tubuh. Apa yang pasti, ia menggunakan kekuatan kaki dan mampu membakar sehingga 450 kalori dalam masa 30 minit.

Untuk yang kurus macam saya. 5 minit je boleh tak? Sekejap je dah penat dan berpeluh lagikan 30 minit ;)

15 ulasan:

  1. Rumah kakak ada tali skipping tapi kakak tak rajin pulak. Alas lantai tu tak adalah tapinya..

    BalasPadam
  2. dlu sy de gak skipping..lpas tuh adik pnjam..smp skang xnmpk dh skipping tuh mne

    BalasPadam
  3. masa dulu2 rajin gak berskipping ni..sekarang..malas yang amat..Afif jer duk buat main..dah tertanggal dah sebelah tempat pemegang tu..huhuhu..
    teruskan amalan berskipping Ros..:)

    BalasPadam
  4. dulu2 selalu main....sekarang nie...takut tersandung jatuh pula he heee.....

    BalasPadam
  5. Bestnye skipping..harini kak ina start workout semputtttt..he he..

    BalasPadam
  6. kalau main sendiri sally tak reti..kalau org tlg hayun baru reti..haha :)

    BalasPadam
  7. whh..terasa mcm nak beli jugaklah tali skipping tu..hehehe

    lapik yoga tu bgetah yea kak...berapa akak beli..?

    BalasPadam
  8. Tak sangka ramai juga yg suka skipping :)

    @nur: akak beli lapik yoga tu rm40+ tak lembut sgt dan tak keras sgt. Oklah kalau melompat atas tu. Kaki tak sakit :)

    BalasPadam
  9. lama dah tak main tali skipping ne..mcm dah tak larat da nak lompat2.hehe..semangat akk lompat ye :)

    BalasPadam
  10. kecik2 dulu boleh le tp dah berumur, semput weiiiiiii (dasar kaki bangku, xder kesenian dlm senaman..)

    BalasPadam
  11. @umi alya: Baru-baru mmg semput. Tp bila dah berkali-kali jd ringan :)

    BalasPadam
  12. skipping mmg berkesan utk turunkan berat badan..5minit lama tu,masa sy diet sebelum pregnantkan afia hari tu mmg sy mmg amalkan skipping..

    tak tgok la pulak berapa minit buat,biasanya sy buat kiraan..mula2 stat wit 100 pastu stamina dh kuat sy tmbh la..paling kuat boleh buat dlm 7 or 8 ratus kali je sekali skipping..:)

    BalasPadam
  13. teringat zaman montel saya dl..siang malam skiping....
    sekarang bg mia main je skiping...hihhi.. mlas dh skiping dh dpat dh berat 50 kg..huhu

    senaman mmg baik...tapi ntah kenapa dh malas sgt dh nak melompat

    BalasPadam
  14. Hihihi..pernah beli skipping ni UI..tapi dah hilang ntah kemana..
    kena beli lain & amalkan lah...:)

    BalasPadam
  15. sekarang rasa berat je nak main skipping.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...