بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 2 Oktober 2013

Ayam masak halia sedap bila teringin

Assalamualaikum


Lama tak update sebab malas nak bayar bil broadband ;) baru bayar pagi tadi terus update entri hehe. Dah lama tak buat entri masak-masak. Hari ni saja nak letak ayam masak halia ni. Sebab baru ni tiba-tiba teringin nak makan. Sedapnya bila dapat makan apa yang kita nak.

Sekarang ni banyak benda kena pantang. Daging dan telur tak boleh makan. Bukan arahan doktor tapi ustazah. Adalah sebabnya. Kebetulan tahun lepas kolesterol dah naik sikit sebab asyik makan sup daging je. Semuanya ada sebabkan. Saya tak kisah sangat. Inshaallah kuat iman tu demi untuk kesihatan. Kadang-kadang curi juga seketul ;)

Mudah je nak masak ayam masak halia ni.. Tumis bawang merah, putih, halia (potong halus panjang), Kemudian masuk ayam yang dipotong kecil-kecil. Dah masak ayam, masuk sikit air lepas tu letak garam, serbuk lada hitam dengan apa-apa sayur ikut suka. Janji sesuai. Macam karot, kubis bunga, brokoli. Janji letak akhir. Kalau tak lari rasanya tu.

Sedap dan sihat untuk dimakan.. 

Macam ni lah kalau makan sorang kat rumah. Iman makan juga..

12 ulasan:

  1. Kakcik goreng dulu ayam tu...

    BalasPadam
  2. Great idea.. Blh buat nnt resepi ni dihujung minggu..

    BalasPadam
  3. @kakcik: saya pula suka ayam tu basah ;)

    BalasPadam
  4. hmmm...sedapnya....boleh makan sama2 nie....

    BalasPadam
  5. Sedap je tgk UI..simple kan, nak masak pun senang..
    boleh cuba nti:)

    BalasPadam
  6. suka masukkan brokoli.. nyummehhhh

    BalasPadam
  7. sedapnya mkn dgn nasi panas-panas... hubby suka sgt masak lauk ni, tapi anak2 tak berapa suka rasa halia tu... huhuhu

    BalasPadam
  8. yg simple itulah selalunya sedapkan.. :)

    BalasPadam
  9. Kalau dah high-cholesterol memang telur dan daging kena jauhkan Rose..

    BalasPadam
  10. suka jugak buat mcm ni .. senang sedappp...

    BalasPadam
  11. halia elok bagi keluarkan angin badan. mkn dengan nasi pns2 tu meleleh ayaq liuq tau

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...