بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 25 September 2013

Solat dan bersantai bersama keluarga di Masjid Negeri Selangor

Assalamualaikum

Lepas balik dari Pantai Indah Seaview kami pergi Shah Alam. Mula cadang nak pergi bukit cahaya Sri Alam (Bukit Cherakah). Sebelum tu makan di kedai Asam Pedas di seksyen 7 Shah Alam. Pernah program jalan-jalan cari makan sampai sini. Tapi mengikut apa yang dirasa biasa-biasa sahaja. Lepas makan pergi singgah masjid negeri solat zohor.

Lepas solat sempatlah mak dengan adik ipar berurut di kerusi urut yang ada di situ. Ada gerai jualan diperkarangan masjid yang kebanyakannya menjual pakaian muslim / muslimah. Anak masing-masing bermain di masjid. Kami perhatikan sahaja. Seronok pula dah duduk dalam masjid. Sejuk je.. alang-alang tunggu sehingga Asar.

Gambar di ambil dari wakaf tempat saya, Iman, Najihah dan Faris duduk.

Saja bawa diorang di sini makan aiskrim. Ada pakcik naik motor jual aiskrim

Aksi Faris nak suruh Iman bergambar. Sempat main buih sabun. Ada famili bawa makanan dan makan di wakaf ni. Ada paip air. Senang nak cuci tangan.

Iman berlari ikut pak uteh dia ambil wuduk. Faris kata Iman kacau dia solat. Gambar ni pak uda dia yang ambil. Bagus pula duduk diam di situ. Tu yang pak uda ambil gambar agaknya.

Alahai cekci che Nayli gi masjid ;) Nayli ni ada ekzema. Tu yang mommy dia selalu beli baju takde lengan. Kuat berpeluh pula tu.. dalam aircond pun boleh berpeluh :) alhamdulillah sekarang dah tak teruk macam dulu.

Sebenarnya bagus selalu buat macam ni. Bagi anak-anak terbiasa dengan masjid agar jadi kebiasaan mereka hingga dewasa. Lepas solat Asar tak jadi pergi bukit cahaya. Bawa anak-anak main di taman dekat tasik Shah Alam je. Lepas tu terus balik.

11 ulasan:

  1. Berada di dalam masjid memang akan terasa selesa dan nyaman...

    BalasPadam
  2. Dekat dah dengan rumah kak ina tu :)

    BalasPadam
  3. salam perkenalan kak :-) btl, patut dr kecik kena rajin bawa anak2 pi masjid supaya diorang mesra dgn masjid kan.

    BalasPadam
  4. Lama KA tak menyinggah di masjid ni !

    BalasPadam
  5. lama dah saya tak gi masjid ni..
    suasana kat masjid memang tenang dan nyaman kan UI

    BalasPadam
  6. Berada di masjid mmg rasa tenang & nyaman je..

    BalasPadam
  7. salam sis
    Wah pastinya seronok di kaw.sekeliling tu..

    BalasPadam
  8. cantiklah view dari wakaf tu.. :)
    tenang je Nur tgk...

    BalasPadam
  9. walau jauh mana kt berjalan.. solat jgn tgl...

    BalasPadam
  10. cantik kawasan persekitara masjid.tempat yg paling damai kan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...