بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 6 September 2013

Setelah 19 tahun tak jumpa

Assalamualaikum

saya dan Yus

Sebelum ni saya pernah bercerita tentang Yus di sini. Cerita tentang bisnes rakan-rakan yang saya catatkan dalam blog ni untuk tujuan promosi. Tahu ceritanya melalui facebook sahaja. Belum sempat bertemu mata. Pernah beli ikan bilis pedas yang dijualnya. Tapi minta tolong adik ambil kan. Tahun ni berpeluang berjumpa Yus setelah dia menjemput saya datang open house di rumahnya.

Saya datang dah malam. Terpaksa pergi Putrajaya dulu jumpa mak mertua sebab hujan lebat masa tu dan jalan penuh air dan sesak. Yang penting keinginan nak rasa kek red velvet yang dikatakan sedap tu tercapai juga ;). Pertama kali makan kek ni. Tu yang posing pun depan kek red velvet ;) Yang paling utama dapat berjumpa Yus setelah 19 tahun tak bersua.

Siapa yang duduk kawasan Klang Valley bolehlah kalau nak tempah. Bukan kek red velvet je, cheese tart, coklat kek pun ada. Suka rasanya yang tidak manis sangat dan keknya pun lembab. Dia memang pandai masak. Harus dipuji. Rasanya semua just nice. Cheese tartnya pun sedap. Boleh kata bab cheese memang dia pandai. Atas kek red velvet dia ada juga letakkan cheese. Saya jamin siapa yang tak suka makan cheese akan jadi suka.

Masa belajar kami ambil kursus yang berbeza. Saya setiausaha, Yus interior designer. Tapi ada kelas yang kami akan jumpa macam kelas bahasa Inggeris dan agama. Pernah jadi OC (orientation coordinator) sekali. Tu yang kami lebih mesra. Yus asal Penang. Dulu dia kerja, tapi disebabkan masalah ditempat kerja. Dia ambil keputusan berhenti dan serius dengan bisnes. Alhamdulillah rezeki dia tak putus. Ikan bilis dia ramai student yang belajar di luar negara tempah.

Panjang juga catatan.. maklumlah lama tak jumpa kan... 


UI: Rindu kawan-kawan lama.


Iklan jap.. tiba-tiba dapat mesej dari Yus.

Salam... Harga Pavlova single RM40. (Fresh cream). RM45 (special cream with cream cheese). Double Pavlova RM70 (Fresh cream)  RM75 (Special Cream with Cream Cheese). klu nk order info 1 week or at least 3days. whassap/sms 0122765860. Call:0132816839. YUSS.

7 ulasan:

  1. bestnya kalau dekat..
    pavlova dia murah dan nampak sedap plak tu..
    moga murah rezki kawan UI :)

    BalasPadam
  2. Seronoknya jumpa kawan2 lama..
    mcm sedap kek tu UI..tapi jauh sgt nak order...:)

    BalasPadam
  3. Kakak suka melihat bangsa kita yg maju dalam business. Rasa tumpang bangga.

    BalasPadam
  4. pavlova tu mmng mngancam...

    seronokkan dapat jumpa kawan lama...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah.. Allah beri kesempatan tuk berjumpe balik.. :D

    BalasPadam
  6. harga berpatutan sgt..klu dekat dah lama order..:)

    BalasPadam
  7. Pavlova tu nampak sedap sgt.. Warna buah2 tu sungguh menggoda :D

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...