بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 18 September 2013

Seronoknya kampung

Assalamualaikum


Hari Sabtu tengahari menuju ke rumah Wan Induk di Air Paabas, Melaka setelah mendapat keizinan dari AI. Mula mak dengan adik hendak menaiki bas. Tapi tiba-tiba rasa nak join sekali sebab pasti boring tiada aktiviti di rumah nanti. Tak sangka jalan sesak. Lepas Seremban baru lega. Ramai yang ambil kesempatan bercuti ke mana-mana.

Sampai-sampai je memang terserlah keseronokan Iman. Sempat layan main bola dan main basikal tak lupa juga ayam Wan Induk yang manja tu.

Cantik ayamnya... Iman cakap "white mi". Ayam ni ikut je mana kami pergi.

basikal dah rosak sebenarnya. Jadilah asal boleh tolak

Ayam pun pandai beratur keluar dari reban. Kagumlah che Iman kita tu dapat tengok banyak ayam.

Lepas tengok Wan bagi ayam makan. Pergi kebun limau kasturi pula.. kenalah gigit nyamuk. Entah kenapa nyamuk minat sangat dengan Iman.

satu baldi mak dengan wan petik. Banyak sungguh lah... Sedap limaunya. Wan buat sambal kicap letak limau ni.. Memang terbaik lah rasanya.

Saja ambil gambar pokok jambu air ni... putih warnanya. Kecil lagi...

Seronok sangat sekali sekala masuk kampung. Berangan juga alangkah bagusnya ada rumah di kampung. Sangat suka dengan alam semulajadi.

11 ulasan:

  1. Kalau ada pilihan mmg nak duduk kg kan UI...sy pun suka suasana kg..aman & damai.. bangun pagi rasa nyaman je.. Pa'e pun suka bila balik kg..tgk ayam, itik & mandi sg...:)

    BalasPadam
  2. seronok berjalan di kg, anak2 saya mmg hepy sgt2 kalau balik kampung macam ayam terlepas reban dah, sebab bila kat rumah sendiri jarang sgt kuar rumah, kat kg view pun fresh

    BalasPadam
  3. kampung mmg best sbb byk pokok...

    BalasPadam
  4. Sebaldi buah limau.. fuhh memang lebat buahnya :)

    Pandai gak ayam beratur keluar dari reban..hehee ;D

    BalasPadam
  5. Walau kakak org kampung dan selalu balik kampung setiap kali balik memang seronok apa lagi Iman yg dapat sesekali aje.

    Jambu air tu sedap cecah kicap cili letak limau yg dah petik tu Rose. Hmmm.... kecur kakak:)

    BalasPadam
  6. seronok kat kampung ni, tenang, saya pun bercadang nak buat rumah kat kampung, design pun ala2 kampung gak..hihi :)

    BalasPadam
  7. bestnye suasana kampung...teruja lieya tgk limau sebaldi tu...ya Allah mesti besar n rimbun dgn buah pokok limau tu.....

    BalasPadam
  8. kalau di kg mmg seronok giler lah !

    BalasPadam
  9. comei ayam tu duk beratur je kan..hehehe...

    byknya limau..boleh buat air tu...sedap tuu....

    terliur sudahh,..hihi

    BalasPadam
  10. terasa suasana kgnya siap ada ayam.. bela ayam ni kene rajinkan.. kalau x nanti rumah bnyk lalat ... sedappnya tgk jambu tu...

    BalasPadam
  11. seronok iman dpt rasa suasana kampung yg real..anak sy pun tak pernah merasa macam ni,kampung pun dh tak berapa kampung..:)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...