بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 14 September 2013

Santai Iman

Assalamualaikum

Alhamdulillah usia saya sudah pun genap 37 semalam. Masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama insan-insan tersayang. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik agar berpeluang memperbaiki keimanan terhadapNya.

Semalam saya hanya jamu mak dan adik beradik yang tinggal berdekatan makan. Tak sempat nak rakam kenangan malam tadi. Simpan dalam ingatan sahajalah. Nak simpan gambar kenangan Iman hari ni.

Bawah ni gambar ketika kami pergi ke kem Sungai Besi untuk berjumpa Ya yang akan terbang keesokan harinya ke Manchester. Alhamdulillah rezeki dia dapat biasiswa penuh dari kerajaan. Ada cerita tentang Ya sebelum ni di sini.

Nur Zahira (Ya) diapit adik mak dan mak (kanan)

Sempat bawa Iman dan Nayli di taman

Sweet.. suka tengok mereka bersama

Di bawah ni pula gambar Iman ketika saya dan adik (ogy) ke Putrajaya. Nak jumpa mak mertua sebelum dia balik Kelantan esok paginya. Sempat bawa Iman dan anak adik bersantai dahulu.

Mereka sendiri yang beratur untuk bergambar. Elok je susunannya :)

Pertama kali bergambar di Empangan Batu Putrajaya ni. Ada kedai makan di sini.

Masa ni Faris saja-saja nak buat Iman tengok kamera. Gambar ni diambil di belakang hotel Pullman. Taman rekreasi air namanya.

14 ulasan:

  1. selamat hari jadi...semoga berbahgia selalu..:)

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir UI, moga diberkati Allah selalu :)

    BalasPadam
  3. SeLamaT hari lahir UI..moga sentiasa diberkati Allah..pjg umur..murah rezeki..comel je bdk2 ni posing..

    BalasPadam
  4. SeLamaT hari lahir UI..moga sentiasa diberkati Allah..pjg umur..murah rezeki..comel je bdk2 ni posing..

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir ummi iman..rasa macam lama tak tgok pic iman..dh makin besar dan hensem anak bujang ni..

    BalasPadam
  6. happy birthday UI.... semoga terus dimurahkan rezeki selalu....
    Amboi, seronoknya Iman main :)

    BalasPadam
  7. selamat ulangtahun kelahiran kak.. :)

    BalasPadam
  8. selamat hari lahir kak.. sorry lmbt wish.. semoga murah rezeki, sihat & bahagia selalu.. :)

    BalasPadam
  9. Selamat hari lahir dear
    Semuga dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki.Amin.

    BalasPadam
  10. hapy besday....mg bahagia sll...

    BalasPadam
  11. Selamat Hari lahir ye kak :)
    Semoga dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan :D

    BalasPadam
  12. selamat hari lahir kak, maaf lambat wish.. lama x singah sini.. moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yg baik..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...