بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 19 September 2013

Pokok buah mata kucing dan semalu wan

Assalamualaikum

Salah satu hobi ambil gambar pokok. Bagi yang selalu singgah sini dah fahamkan hobi saya. Pernah tengok pokok buah mata kucing? Kalau belum boleh tengok sini. Ada dua pokok wan induk tanam. Merimbun buahnya. Tapi sayang... tiap kali datang muda lagi... ambil juga yang coklat sikit-sikit tu rasa.. manis.. tapi nipis je isinya :)

ambil dari jauh... depan rumah wan.. saja nak tunjuk macamana rupa pokoknya.

ambil dekat pula...

tengok buah yang merimbun... lebat sana sini... tapi sayang tak masak lagi

ini pokok semalu... dulu-dulu masa kecil selalu jumpa. Sekarang susah sikit. Ambil juga gambar. Mana tau pupus pula suatu hari nanti (harap taklah). Suka usik pokok ni masa jadi kanak-kanak riang... sekarang giliran Iman pula usik... suka dia tengok pokok malu ;)

6 ulasan:

  1. haah la UI, lama dah tak usik pokok semalu..
    rasanya kat rumah saya macam dah takde je :)

    BalasPadam
  2. Tak pernah tgk pokok buah mata kucing...sllu beli buahnya je..hehe..
    pokok semalu? dah susah nak jumpa skrg..

    BalasPadam
  3. saya tak pernah tgk pokok mata kucing, ni pertama kali tgk... bestnya kalau ada pokok mcm ni.. merimbun buahnya pulak tu.. sedappp makan..

    BalasPadam
  4. first time tgk pokok mata kucing ni...setimbun macam tu jer pokoknya...

    kak ni link terbaru saya : http//emarieys.com

    BalasPadam
  5. kampung nur ada pkok ni, tapi tak mahu berbuah la....xtahu kenapa..

    kalau berbuah pun , tak lekat lama...huhuh.....

    BalasPadam
  6. sy baru ni tahu rupa pokok buah mata kucing..pokok semalu masa kecik mmg selalu jumpa kan,mmg dah lama tak jumpa,mmg dh makin pupus rasanya

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...