بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 2 September 2013

Ole-Ole Bandung dari famili AI

Assalamualaikum

Telekung dari mak mertua, tshirt dan kain batik dari Ani (sepupu AI), blouse dari ma Ani (adik mak mertua) dan fridge magnet (saya request) Ani minta dari Sirah (sepupu AI juga). Terima kasih semua.  Sayang kalian :)


Selasa minggu lepas mak mertua bersama dua orang adiknya dan anak masing-masing telah bercuti ke Bandung. Pertama kali bercuti ke sana untuk shopping dan melawat. Sebelum pergi masing-masing tanya nak apa. Ala.. susah-susah je kan... terpulang apa diorang nak bagi.

Sebelum mereka naik flight ada jumpa mereka di Putrajaya. Tak hantar di airport, faham-fahamlah dengan Iman dan payah nak dapat parking di LCCT tu.

Hari Sabtu mak mertua telefon beritahu dah sampai. Dia ada belikan telekung katanya untuk saya dan mak saya. Semalam saya pergilah jumpa mak mertua di Putrajaya. Seronok dengar pengalaman mereka di sana. Tapi rasanya harga makanan dengan sini lebih kurang sama. Dari segi pakaian murah lah sikit.

Ada juga 'jajan' dari sana. Tapi rasanya kurang sikit. Mungkin tak biasa dengan selera kita ;) Saya dan AI takut sikit nak jalan Indonesia. Tapi orang lain pergi takde apa-apa pun kan.. perasaan sendiri je. Teringin nak pergi Korea, Cina dan Hong Kong ;)

7 ulasan:

  1. bestnya banyak tu buah tangan ummi iman dpt..utk iman takde ke?hehe

    BalasPadam
  2. tak pg dapat buat tanggan jadilah.... sy pun x pernah merasa keluar negara, ntah takut jugak kdg2...

    org kata korea besttt.. cina dgn hongkong ssh sikit negara dia org toilet xde paip gegeegege ....

    BalasPadam
  3. saya suka bebenor kalau dapat telekung ;p

    BalasPadam
  4. wah.. banyak juga dpt hadiah..seronoknya!
    Ada jg plan nak jalan2 ke sana tp belum kesampaian..

    BalasPadam
  5. bestnyaa.. :)

    Nur xboleh tgk Fm...hobi mmmg suka kumpul fm.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...