بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 22 September 2013

MR D.I.Y Harbour Place Klang

Assalamualaikum

Semalam tiba-tiba tergerak hati nak ajak adik-adik bersantai di Pantai Indah Seaview yang terletak di Batu 17, Jalan Kapar. Setelah WhatsApp adik-adik. Mereka pun berminat. Jadi rancangan pun jadi kenyataan walau spontan. Betul ke penggunaan perkataan tu ;)

Disebabkan rancangan untuk mandi manda. Kenalah cari baju mandi secara segera. Baju lama dah tertinggal masa mandi di sungai. Kalau ada pun pasti tak muat dah. Adik saya, Ain beritahu ada ternampak baju mandi murah di Harbour Place. Tapi tak ingat nama kedai. Saya pun apa lagi pergilah mencari. Lagi pun tak jauh dari rumah dan sehala nak menuju ke destinasi.

Sampai je terus ke lokasi yang diberitahu adik (bawah tanah katanya). Sekali tengok MR D.I.Y rupanya. Ingat tak entri sebelum ni tentang kedai ni yang ada di Space U8 tapi malas nak tengok apa ada. Akhirnya masuk juga kedai ni. Cuma lokasi je berbeza.

Terus cari baju mandi. Pusing-pusing akhirnya jumpa juga. Memang murah harga dari RM18.50 sahaja.

Tada... inilah baju yang saya beli untuk mereka berdua. RM18.50 sahaja. Tebal juga. Ada dua lagi baju mandi saya beli untuk anak saudara perempuan. Sempat juga beli baju pelampung tu untuk Iman (RM5.90 je) dan satu lagi pelampung bulat (RM4.90). Tapi kena tiup sendiri lah...

Menarik juga kedai MR D.I.Y ni rupanya. Sempat jeling-jeling je. Sebab nak cepat. Dalam nak cepat sempat lagi beli payung dengan senduk nasi :). Lepas ni nak cerita tentang apartment Pantai Indah Seaview pula dan apa yang menarik ada di situ. Tak perlu jauh-jauh. Dekat pun ada dan harga apartment berpatutan. Cuma makan je kena bawa sendiri. Tak kisahlah.. banyak kedai makan di sini bila malam. Sedap pula tu :)

4 ulasan:

  1. mmg mcm2 ada kak..Nur kalau masuk, mg susan nak keluar..hehehe

    BalasPadam
  2. Sgt suka masuk Mr DIY ni... Selalu p yg kat space u8 tu...

    BalasPadam
  3. menarik kedai ni.harga sgt murah..:)

    BalasPadam
  4. Murah baju mandi tu Rose. Kalau baju mandi muslimah tempat kakak ni semua harga lebih seratus tau...(anak-anak kakak kan perempuan)...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...