بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 2 September 2013

Harga minyak naik buat orang naik minyak

Assalamualaikum


Rata-rata orang bercerita tentang harga minyak RON95 dan minyak diesel naik. Fenomena ni ibarat orang pun sama naik minyak ;) jangan marah ya... Inilah dinamakan asam garam kehidupan. Apa pun hidup mesti diteruskan. Makin ramailah yang terpaksa bekerja keras untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Pelik juga tiada istilah menurun... semuanya menaik :)

Bila harga minyak naik, harga barang juga akan bertambah. Alasan kos pengangkutan meningkat. Yang pasti mereka yang berniaga tidak mahu rugi dan tidak akan rugi. Sebab mereka yakin pembeli tiada pilihan. Nak taknak kena beli juga.

Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Jangan terlebih emosi... inikan sebuah negara demokrasi.

Tahukah maksud demokrasi?

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Siapa yang tentukan? Rakyat sendiri.... jadi tidak boleh berbunyi ;) semoga Allah murahkan rezeki kita.

8 ulasan:

  1. malas nak kata pe... isu dunia yg disibukkan smpaikan akhirat diketepikan... hmmm..

    BalasPadam
  2. pelik juga...
    naik yg tak pernah turun...
    Betul tu UI, kena doa byk2 biar dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  3. sy petang semalam dapat tau ... blk terus ajak suami isi minyak sebelum maghrib full tank kikikikiki .. tu pun dah ramai org gegegeggee

    BalasPadam
  4. ye inilah bahana pilihan rakyat !
    yg mana x rela juga terpaksa tanggung kerana balasan allah bukan kpd yg memilih sahaja .. huhuh

    BalasPadam
  5. huhu...nantikan yang laian2 bakal menyusul naik..redho je lah kan

    BalasPadam
  6. mcm tu lah yer asam garam kehidupan, kite d sibukkan dengan kehidupan yg sementare ni agar manusia lupe pd Tuhan.... bile harge brng naik alamatnye kene keje keras sebb nak tampung kehidupan yg berbagai yg perlukan duit....

    bile harge minyak naik, orang pun naik minyak, biasenye gajah yg naik minyak tetapi dah jadi pade orang pule yg naik minyak....

    alamatnye lepas ni banyaklah orang minyak... hihihihi... awas!

    BalasPadam
  7. emm sabar je la..malas nak kupas isu ni..kita tggu dan lihat apa plak nak naik lepas ni..:)

    BalasPadam
  8. Isu minyak naik ni..mmg buat org naik minyak....

    xtahu nak komen apa..sbb lepas ni jgn tkejut bila barang akan naik harga

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...