بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 2 September 2013

Doa keluarga bahagia

Assalamualaikum

Surah Al-Furqan ayat 74

Setiap orang pasti impikan keluarga yang bahagia. Jadi untuk bahagia perlu ada sikap sentiasa bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain. Faktor bahagia bermula dalam diri sendiri sebenarnya. Jika kita fikir nak bahagia pasti kita tak buat sesuatu yang boleh melukai hati ahli keluarga kita suami / isteri / ibubapa dan anak-anak.

Disamping itu doa juga perlu dan boleh membantu agar dijauhkan daripada perkara yang tidak baik. Kita tak tahu apa yang akan kita hadapi. Manusia boleh berubah dan terpengaruh dengan tarikan dari luar.

Kesian melihat ibubapa yang terpaksa mencari anak mereka yang lari ikut orang lain. Begitu juga suami / isteri dengan alasan tiada kebahagiaan dalam rumah. Setiap masalah ada puncanya. Tak boleh salahkan orang lain tapi diri kita sendiri.

Minta dijauhkan dari perkara yang tidak baik. Semoga Allah sentiasa berikan kebahagiaan buat keluarga kita semua. Teruskan berdoa walaupun kita sedang bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...