بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 26 September 2013

Buruk orang buruk diri sendiri

Assalamualaikum

Sentiasalah belajar untuk menerima kelemahan atau keburukan orang lain. Jangan sesekali memburukkan mereka dengan perkataan-perkataan tidak baik. Malu kadang baca ayat orang yang berkata macam-macam pada orang lain. Terutama dilaman sosial.

Fahami betul-betul pesanan Imam Shafie di bawah ini. Kenapa beliau berkata begitu. Bila kita bercerita buruk tentang orang lain, terserlah sifat buruk kita sendiri. Kita manusia sama sahaja. Ada salah silap. Bila melihat kesilapan orang lain tegur dengan cara elok atau berdoa dalam hati agar Allah mengampunkan dosa mereka dan bimbing mereka ke jalan yang lurus. Jangan mudah menghukum orang dengan kata-kata yang tidak baik yang dalam masa yang sama kita juga tidak baik kerana ucapkan perkataan yang tidak baik. Walau sebenarnya perbuatan mereka memang tidak baik.


Rasanya tak perlulah mensensasikan cerita yang memang mengaibkan. Takut kita tergolong dalam orang yang suka mengira keburukan orang lain. Sabar separuh daripada Iman. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersabar dan menjaga lisan dan hati. Amin. Cukup ambil iktibar atas apa yang berlaku. Orang yang teraniaya, Allah akan buka jalan. Wallahuaklam.


11 ulasan:

  1. Semoga kita dapat mendidik hati kita...

    BalasPadam
  2. semoga sy dapat jaga lidah, amin...

    BalasPadam
  3. Setuju sgt2.... bila lihat keburukan org lain... doakan yg terbaik untuknya...

    BalasPadam
  4. Moga sy & kawan2 semua dapat menjaga lisan...Muhasabah diri sllu...:)

    BalasPadam
  5. Sebab itu selalu dikatakan jgn mudah tuding jadi, bimbang tertunjuk diri sendiri...

    BalasPadam
  6. betol tuu..jgn sebar aib org takut terbuka aib sendiri...malu

    BalasPadam
  7. suka sangat entry ni kak..kena jaga hati dan jaga mulut :)

    BalasPadam
  8. kena tgk keaiban diri sendiri sebelum buka keaiban org lain....

    BalasPadam
  9. rasa mcm entry ni ada kene mengena dgn isteri ma yo pulak ...

    moga sentiasa menjaga tingkah laku.. jgn sampai hipokrit

    BalasPadam
  10. tuding jari kt org satu je,lg 4 semuanya kt kita..:)

    BalasPadam
  11. Siapa kita nk nilai buruk pd org kn.. Org x nilai buruk kita pun dh ok..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...