بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 4 September 2013

Bercakap lembut ketika menegur lebih berkesan

Assalamualaikum

Gambar dari Facebook 

Saya pasti setiap orang tidak suka ditegur dengan cara yang kasar atau bahasa yang mengguris perasaan lebih-lebih lagi dengan nada yang tinggi. Saya cukup sensitif bila orang buat begitu kepada saya.

Menegur seseorang lebih terkesan dengan bicara yang lembut. Kerana yang ditegur pasti rasa terharu kerana walau mereka melakukan kesalahan, orang masih berlembut dengannya. Amalan ini harus dipraktikkan untuk setiap hubungan. Suami isteri, ibubapa dan anak-anak, adik beradik, kawan-kawan, bos dan pekerja, jiran dan sebagainya.

Sebenarnya mudah.... Apa yang kita tak suka orang lain buat pada kita, kita pun jangan buat macam tu. Setiap kali buat sesuatu saya akan pegang ayat ni. Terutama bila bercakap dengan anak. Kadangkala kita tak sedar, mentang-mentang lah kita sebagai ibubapa, sesuka hati kita boleh marah anak kita. Marah dan tegur tak sama kan? Anak-anak belum cukup matang dan kalau yang masih kecil memang tidak tahu apa-apa. Jika kita asyik terjerit-jerit pada mereka. Mereka pun akan menjerit-jerit sama bila bercakap dengan kita.

Itu pengalaman yang saya lihat pada orang lain. Sebagai ummi saya sentiasa belajar demi kebaikan anak. Masih banyak yang kurang.

Bagaimana iblis menghasut kita, dengan cara halus dan kita tak sedar. Lihat betapa hebatnya kuasa bisikan tu... Maka berbisik-bisik lah kita dalam berpesan-pesan sesama kita.

8 ulasan:

  1. sungguh... saya perasan kalau saya marah2 menegur anak, dia akan memberontak... lebih mudah kalau tegur cara lembut

    BalasPadam
  2. setuju sgt kak, kt sbgai ibu bapa kenelah tunjuk cth baik cthnya ayah nak sesuatu dr ibu .. ibu kat dapur .. jgnlah terjerit2 dr ruang tamukan... nnt anak pun terikut2...

    BalasPadam
  3. setuju..mana ada org suka bila ditegur cara tak berhemah2,lg2 dengan jerit

    BalasPadam
  4. wah! bagus N3 ni.. InsyaAllah msih terus belajar ttg ilmu keibubapaan ni.. tgh belajar utk dpt berkomunikasi dgn baik bila berhadapan dgn anak...:)

    BalasPadam
  5. betul tu..
    kita pun x suka org tegur kita cara kasar.. begitu jg org lain..
    insyaAllah, akan cuba utk praktikkan bila nk buat teguran..

    BalasPadam
  6. emm betul tu sebenarnya bila kita terjerit jerit tu iblis dah rasuk kita...

    BalasPadam
  7. ibu kena jadi kawan kepada anak2..itu yg terbaik.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...