بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 22 Ogos 2013

Pokok mahkota dewa dan belimbing buluh pak itam

Assalamualaikum

Hari Ahad yang lepas baru ni saya, mak dan adik-adik ke Muar rumah adik arwah abah (pak itam). Jarang sangat dapat jumpa. Tahun lepas tak pergi pun masa raya. Jadi raya tahun ni ambil peluang pergi beraya sambil singgah rumah adik lelaki saya yang terletak di Alor Gajah, Melaka.

Bila sampai rumah pak itam memang seronok tengok tumbuh-tumbuhan yang pak itam dan mak itam tanam. Kali ni tertarik sebab dapat lihat sendiri pokok mahkota dewa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni.

Pokok mahkota dewa yang kecil sahaja saiznya. Buahnya akan bertukar warna merah bila dah masak.

Menurut pak itam, bila dah masak, buahnya dipotong dan dikeringkan. Kemudian baru direbus atau rendam dalam air panas untuk minum.

Lagi gambar pokok mahkota dewa. Gambar blur sikit sebab tertekan flash dan ada sesuatu yang mengganggu di situ ;)

Geram tengok buah belimbing buluh yang meriah dan gemuk-gemuk ni ;) Ingat nak minta bawa balik. Tapi terlupa nak ambil.

Seronok jika berbudi pada tanah. Dapat hasil yang memuaskan hati dan sejuk mata memandang.

8 ulasan:

  1. 1st time tgk pokok nih... Belimbing buluh tu byk ler kt kg..

    BalasPadam
  2. Oh..1st time tgk pokok Mahkota Dewa ni.. klu minum yg ready made tu sllu juga..:)

    BalasPadam
  3. Buah mahkota dewa yg dah masak tu kena hiris nipis kemudaian jemur sampai kering. guna utk kurangkan tekanan darah tinggi Ros. Rumah kakak akak ada tau tapi pokok dia besar. Kakak kan pernah buat N3.

    Belimbing masak dengan sardin pun sedap tau..

    BalasPadam
  4. macam tu rupanya pokok mahkota dewa... tapi betullah, seronok kalau berbudi pada tanah ni....

    BalasPadam
  5. @kakzakie: terlepas pandang entri akak tu :) bolehlah cuba nanti letak belimbing buluh dalam sardin.

    BalasPadam
  6. Salam Ummi Iman,byk buah belimbing tu,sedap klu buat samabl :D

    BalasPadam
  7. buah mahkota dewa ada kt rumah..en suami tu hangat2 tahi ayam je amalkan.hehe

    BalasPadam
  8. terliur tgk belimbing buluh tu...
    buat masak lemak mmg sedaplahh..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...