بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Ogos 2013

Petua bagi pesakit kencing manis

Assalamualaikum

Ingin berkongsi tips rawatan bagi pesakit kencing manis yang diambil dari Facebook layar minda. Boleh beritahu pada yang belum tahu. Semoga penyakit yang ada cepat sembuh. Inshaallah.

Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit.

Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian".

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). Potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. 

Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan. Masa pengambilannya yang 3 hari tu, sekali pagi dan sekali malam. Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah. Semoga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh. Amin

4 ulasan:

  1. Petua yg bgus nih... Mmg kena hati2 mkn skrg... Byk je sbb kncing mnis bkn mkn gula je..

    BalasPadam
  2. bagus petua ni.pertama kali sy baca rawatan buah tomato dengan yis ni..nasiblah sy ada kencing manis masa pregnant je..skan Alhamdulillah bebas diabetis,tp sy mmg ada keturunan penyakit ni..kena berjaga2 la..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...