بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Ogos 2013

Merdeka tanpa air di Selangor

Assalamualaikum

Malam nak sambut merdeka hairan melihat manusia yang penuh di pasaraya Tesco, Bukit Tinggi Klang tadi. Sampai troli pun habis. Ramai warga berbangsa Cina membeli air mineral penuh satu troli. Hairan pula saya. Murah sangat ke sebab Tesco pun dalam proses menyusun atur balik susunan pasarayanya.

Ada seorang chinese tegur saya. Tak beli air ke? Kenapa saya tanya. Nanti air takde 5 hari katanya. Jumpa pula bapa mertua adik tunggu kotak air mineral yang diambil. Pasti menunggu troli datang. Masa tu dah hampir bersih ruangan air mineral. Yang mahal pun orang beli.

Saya terus call kawan @ jiran. Dia kata masih ada air lagi. Jadi adik saya yang tinggal di Pendamaran pun mula lah memulakan operasi mengisi air. Penuh satu kereta bekas air yang diisi. Adik lagi sorang yang duduk di Andalas pun datang. Lepas ni rombongan mak yang duduk di Kapar pula. Mereka bukan ambil air tapi nak tumpang tidur. Kalaulah tiada air dirumah saya pula nanti. Saya dengan Iman pergi Kelantan atau duduk Putrajaya (kalau ada air).

Rumah siapa lagi yang tiada air?
Gangguan Bekalan Air di KL & Selangor Akibat Lori Diesel Terbalik
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi Jumaat.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)Umno di sini, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
UI: Sumber dari mStar

1 ulasan:

  1. Mmg merdeka xde air.. Bgun pgi je pikir mna nak mandi... Heee..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...