بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 2 Ogos 2013

Khasiat teh hijau

Assalamualaikum

Brand yang menjadi pilihan. Pinjam gambar dari google.


Sekarang ni saya dah mula amalkan minum teh hijau lepas tengok AI yang tak tinggal minum teh hijau. Iman pun suka. Ada juga campuran jasmine. Kalau brand selain pokka rasanya kurang sedap sikit untuk tekak saya.

Tertarik nak tahu khasiat teh hijau. Selepas google jumpa info di bawah yang diambil dari artikel Harian Metro.

Mengurangkan risiko kanser 

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. 


Mengatasi bengkak mata 

Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah. 


Antiseptik kulit 

Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. 

Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. 


Melindungi kulit 

Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. 


Menurunkan tekanan darah 

Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. 


Menguatkan daya ingatan 

Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda. 


Awet Muda 

Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

9 ulasan:

  1. ada sesekali je minum teh ijau .tapi paling suka mandian teh ijau Ginvera ...suka baunya.

    BalasPadam
  2. sy mmg suka teh hijau.. sbb teh hijau je sy minum x berangin bdn.. klu teh biasa, mmg xleh minum..

    BalasPadam
  3. pnh dgr green tea mmg byk khasiat..tp ayu xpnh try lg.huhu

    BalasPadam
  4. Banyak khsiatnya tak sangka. Kakak minum tapi tak tahu khasiatnya...

    BalasPadam
  5. mmg bagus kan green tea ni, KA Pun suka !

    BalasPadam
  6. Teh hijau memang banyak manfaatnya ya kak :-)

    BalasPadam
  7. bengkak mata tu maknanya eyebag tu ehh...

    wahh..mcm nak cuba jugaklah. :)

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Teh Hijau ni kalau minum tanpa gula pun masih rasa sedap jugak.Dan orang kata memang elok pun minum tanpa letak gula.


    - Kalau sesiapa nak beli Teh Hijau brand Ahmad Tea London, boleh order kat blog saya. [ Menjual Teh Hijau @Green Tea Ahmad Tea]

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...