بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kecewa servis kereta tempat pengeluar

Assalamualaikum

Tak tahu nak cakap apa. Pertama kali pergi servis tempat pengeluar kereta, bukan bertambah baik. Tapi buruk akibatnya. Inilah akibatnya berpaling tadah pada workshop setia kami. Bukan sebab tak bagus. Malah khidmat tempat kami pergi tu cukup bagus. Sajalah ingat kalau tempat pengeluar lebih bagus kalau nak make sure kereta betul-betul ok sebelum jalan jauh.

Dahlah 1 hari tunggu kereta nak siap. Bila siap lain pula jadinya. Kereta elok-elok. Lepas buat major servis terus jadi tak elok. Berdaum-daum enjin. Macam nak mati pun ada bila nak sampai rumah tadi. Frust sangat AI. Ialah habis 1k lebih tapi hasilnya cukup hampa.

Pagi-pagi nanti. Buka je workshop tu, nak call diorang suruh ambil kereta. Nak bawa pun tak berani. Takut mati tengah jalan. Pertama kali kereta bermasalah teruk macam ni. Sabar je lah kan.

Memang taubat nasuha tak mahu dah pergi situ lagi. Memang tak jangka sampai macam ni sekali hasilnya. Tengok je lah nanti.. diorang boleh selesaikan masalah ni ke tak? Diorang yang buat kenalah bertanggungjawab kan?. Nak pergi workshop biasa tu nanti, apa pula kata dia. Lagi pun takut kena tambah duit lagi nanti. Biar yang buat masalah, selesaikan masalah ni.

Sedih dalam redha.. Yang pasti empunya duit dan kereta lebih sedih dan kecewa. Peringatan untuk diri sendiri, jika sudah ada yang sesuai jangan tukar. Kerana kita tak kenal dengan yang baru.

Sabar ya AI... mungkin ini pengajaran dan ujian buat kita.

7 ulasan:

  1. Lah...selalu nya bila kita pegi service di tempat pengeluar lagi OK kan?..isk apalah depa tu kan..nak cepat kot..
    sabar je lah..

    BalasPadam
  2. kalau masih dlm waranti mungkin boleh tu dorang buat .free jer kan?sbb salah dorang

    BalasPadam
  3. mg kembali sihat
    risau btol klau jd camtu
    mmg kalau dah rasi ngan sesebuah bengkel
    hb saya tak g tempat lain dah

    BalasPadam
  4. sabo jer la. yg membaca ni pun turut sedih. harapnya semua dapat diselesaikan dengan baik

    BalasPadam
  5. alahai...sabar je lah..dah la dekat2 raya..kereta tu nak berjalan jauh...hopefully settle la ye masalah tu

    BalasPadam
  6. sabar kak, kita makin dekat dengan akhir2 ramadhan ni, makin byk ujian yg menimpa kita...

    BalasPadam
  7. Dugaan ramadhan.sbr ea kak..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...