بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 4 Ogos 2013

Iman main golf dalam pasaraya

Assalamualaikum

Pandai pegang kayu golf ya.. Ada gaya :). Gambar terakhir tu sebelum dapat main.


Dua hari lepas beli nasi Mandy di kedai Arab yang pernah saya ceritakan sebelum ni dalam bangunan Harbour Place, Klang. Untuk sampai ke kedai Arab tu, ternampak lah 'padang' golf kecil-kecil ni yang ada 9 kesemuanya. Sementara tunggu AI order, Iman sibuk berlari keluar. Nak main bola katanya. Saya kata tunggu ayah.

Puas jugalah ikut Iman yang keluar masuk kedai Arab tu. Tak tentu arah tengok dia yang teruja dengan 'padang golf' ni. Bila AI keluar dari kedai, terus Iman meluru, beritahu nak main bola. AI kata lain kali. Tapi saya kesian. Akhirnya, AI tanya dulu kena bayar berapa pada lelaki yang berkopiah bersama 3 orang anaknya. "RM10 bang, untuk 9 lubang".

AI keberatan nak bagi Iman main. Takut Iman ralit dan terlambat nak balik berbuka nanti. Saya tanya ada ke untuk budak? Ada katanya. Terus bagi kayu dan bola golf. "Ala bang budak-budak, bagi je lah main" (percuma). Segan pula kami.

Bukan main seronok lagi Iman dapat main dan bersungguh masukkan bola ke dalam lubang. Main  satu tempat je. Bila saya dan AI kata nak balik. Tinggalkan Iman dekat situ. Barulah dia nak balik. Kami bagi juga duit RM5. Tak tergamak pula rasanya. Walau orang tu tak mahu.


UI: Kereta masih bermasalah walau dah pergi 2 workshop semalam. Workshop yang biasa kami pergi dengan pengeluar kereta. Satu tukar barang yang baru di tukar (ni yang menghairankan). Keluar duit lagi, satu lagi set timing. Sekejap je ok, lepas tu ada tanda-tanda nak bermasalah walau tak teruk seperti sebelum ni. Yang pelik sebelum ni kereta ok je. Dah call adik saya malam tadi, nak suruh dia tengok hari ni. Tak puashati juga sebab dah pergi 2 workshop tapi masalah tak juga selesai. Adik saya arif juga bab kereta walau bukan kerja dia. Kalau kita cerita, dia boleh agak apa yang tak kena. Berbanding workshop yang tak pasti apa masalahnya.

4 ulasan:

  1. seronok iman main.boleh ganti tiger wood ni nampak gayanya.hehe..

    ssh juga kereta ada hal dekat2 nak raya ni.semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  2. seronok yea iman main golf.. :)

    bab kereta tu, kena betul2..Nur pun pernah tkena..sbb tu bila rosak nur tnya byk tempat...

    BalasPadam
  3. Wah.. Bergaya main golf mcm pmain profesional..

    BalasPadam
  4. sukalah iman yer... iyerlah kdg x tergamakkan rasanya kene byr tp org kata akpa dgn bebudaka .. kat rumah sy.. selalu org yg jual kuih tu buat mcm tu x sampai hati rasayan..

    sorry baru sempat nak komen psl kereta.. kesian akak, habis blk kelantan x ni .. x pasal jer jd mcm tu kat kereta

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...