بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 4 Ogos 2013

Gara-gara tukar ekzos kereta baru rupanya

Assalamualaikum

Kini terjawab persoalan disebalik masalah kereta. Baru-baru ni ekzos bocor buat pertama kali. Tukar ekzos yang baru. Paip ekzos lama 4:2 tapi bila tukar yang baru 4:1 (harap tak salah.. lupa pula). Untuk kereta auto tak sesuai dengan ekzos baru ni. Original memang tiada dipasaran sekarang. Melainkan pergi tempat kereta potong.

Masa tu manalah kami tahu. Masa tukar perasan juga kenapa tak sama dengan yang lama. Mereka cuma kata yang lama dah tiada. Sekarang semua pakai yang macam tu.

Jadi sesiapa yang nak tukar ekzos kereta kena pastikan cari yang sama macam yang lama kalau boleh. Kalau untuk kereta manual tiada masalah. Untuk auto kurang sesuai. Ada masa kereta akan bergetar sedikit. Menurut adik kerana ada angin dalam ekzos. Patutlah lepas tukar ekzos rasa tak sedap sikit kereta. Macam ada angin je kat ekzos tu.

Baru ni lepas buat major servis. Mereka tak set balik timing kereta. Tu yang jadi kereta berdaum-daum masa nak jalan balik bila berhenti di traffic light. Adik saya kata cuma perlu tukar ke gear 2 je kalau jadi macam tu. Barulah kami faham. Katanya masalah bila slow je, tapi bila laju kereta jadi sedap. Macam-macam kan kalau tak tahu pasal kereta ni.

Dahlah masa tukar ekzos hari tu braket yang pegang belting power stereng bengkok dibuat oleh mereka. Yang ni kami buat di kedai khas bahagian ekzos. Bila dah jadi macam ni bertambah lagi pengetahuan pasal kereta.

Petang tadi sempat tinted cermin kereta. Ambil yang murah je. Ada promosi 1 pintu RM10. Bertahun-tahun guna kereta baru pertama kali buat tinted, kelakar juga bila fikir. Kereta dah lama diberi wajah baru :) itu pun ada lagi yang tak sempat nak buat. Harap Allah permudahkan bila balik Kelantan nanti. Dah perhabis macam-macam dah supaya nak pastikan tiada masalah nanti.

Nak cari kereta lain juga nanti... Insyaallah.

10 ulasan:

  1. bestnya balik kg.. jeles2, huhuhu

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ummi...selamat pulang ke kampung n selamat hari raya yer...:)

    BalasPadam
  3. slamat hari raya kak,selamat balik kampung..:)

    murahnya tinted tu...klu sini ada promosi camtu nak jugak..:)

    BalasPadam
  4. **selamat hari raye aidilfitri...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

    hati2 pulang ke kg yeak...

    BalasPadam
  5. hurm sy pun xpandai sgt bab kereta ni, tapi kalau xsedap tu mmg sy jadik cerewet laa..

    BalasPadam
  6. Owhh ye ke, samala baru tau jugak... ;)

    BalasPadam
  7. Nur baru tahu ni..ekzos pun boleh rosak rupanya...huhuhuh

    BalasPadam
  8. pakai kete ape? bape kos buat ekzos tu?

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...