بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 14 Ogos 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri. Terasa lama menyepi. Tahun ni kami beraya di Kelantan lagi. Raya je berpeluang balik kampung lama-lama. Jarang sangat dapat peluang macam ni disebabkan kesibukan AI bekerja. Mak dan adik saya cik Zue ikut sekali. Teringin sangat cik Zue nak melawat Kelantan. Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perjalanan. Biasalah sangkut sikit bila tiba di kawasan pekan.

Bertolak jam 7 pagi dari rumah. Tiba di Bentong lebih kurang pukul 10 pagi. Seronok dapat lihat kabus pagi.

Balik sehari sebelum raya. Jalan kejap ok kejap sesak.

Satu-satunya gambar yang sempat diambil di pagi raya. Iman tiba-tiba tak mahu bergambar. Tema tahun ni AI yang pilih. Jenuh juga nak cari baju Melayu yang sama dengan baju yang saya tempah.

Cari punya cari... akhirnya beli baju Melayu di Jakel. Harga berpatutan sebab free sampin. Makin lama harga yang ditawarkan makin turun. AI tak beli label Aaron Aziz sebab AI lebih suka kain cotton. Kain baju kurung saya juga dari Jakel.

Banyak lagi gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Tunggu masa untuk publish. Kami baru balik dari Kelantan hari Isnin. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk berhari raya bersama-sama AI sebelum kembali bekerja.


UI: mata mengantuk... mengantuk mata... (mana satu betul?) ketika menaip entri ni..

10 ulasan:

  1. sedondon .. hijau.. warna kegemaran amir ... mujur tahun dia dia tak pilih hijau lg, kalau kt dah empah baju .. nak cr baju lelaki yg sama padan dgn warna baju kt mmg pyh ...

    selamat hari raya maaf zahir & batin, sy pun mengantuk jugak huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. sehari sebelum raya kami ke jakel juga..cari kain untuk buat baju melayu baba alya gara2 dia tertinggal baju melayu dia kat kemaman...tapi mahal sangat kain kat jakel, at last pergi jugak ke kamdar..nasib baik jalan tak jem...huhu

    BalasPadam
  3. Sekarang JACKEL memang dah jual baju siap buat. Semua cantik2. Harga murah dan paling mahal pon ada...Suka2

    BalasPadam
  4. kira sedondon la kan.hijau tua macam tema kami,tp kami sedikit caca merba.hehe

    selamat hari raya maaf zahir bati buat ummi iman sekeluarga

    BalasPadam
  5. Anak kakcik yang nombor 2 pun beli baju melayu di Jakel - Jenama AA yang berharga RM250...mak juga yang kopak!

    Salam Syawal, dik. :)

    BalasPadam
  6. bestnya ada tema..Nur solo tema sendiri2 je..huhuhu

    BalasPadam
  7. selamat hari raya ummi iman..
    mmg susahkan nk cari baju melayu yg sepadan dgn warna baju kurung kita..
    kami konon2 nk sedondon, tp disebabkan beli baju ayah aimy da last minit, mmg xdpt la..

    BalasPadam
  8. wah lawa bj raya ... sedondon gitu

    BalasPadam
  9. salam syawal # 12
    baru dpt tgk pic ummi..cun

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...