بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 29 Ogos 2013

Buang angin dalam badan dengan buah betik

Assalamualaikum


Baru-baru ni berurut dengan bibik (pembantu kepada mak mertua adik yang berasal dari jawa timur). Berurut untuk betulkan urat saraf yang banyak angin. Masa berurut tanya bibik, mahu makan apa untuk buang angin dalam badan. Makan papaya katanya. Serius baru pertama kali dengar petua ni.

Memang kena amalkan makan betik pula sekarang ni. Lepas google ternyata bagus juga khasiat betik ni. Namun tiada info yang menyatakan betik boleh buang angin dalam badan. Apa pun nasihat orang berpengalaman dan mengamalkannya boleh diguna pakai. Lebih-lebih lagi banyak khasiatnya.
Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Untuk buang angin harus makan yang berwarna merah. Selain betik masak, betik muda pula boleh digunakan untuk merawat masalah gout (klik sini untuk lihat caranya). Daunnya pula dikatakan boleh merawat demam malaria, menambah susu badan untuk wanita lepas bersalin, mengawal tekanan darah dan banyak lagi.

Betik juga dikatakan boleh mengurangkan lemak berlebihan dalam badan serta menaikkan seri wajah. Banyak sungguh khasiatnya. Jom kita amalkan. Baru semalam beli sepotong betik. Hari ni nak beli sebiji ;)

5 ulasan:

  1. dah lama akak x beli betik..lepasni nak amalkan balik makan betik ni..

    BalasPadam
  2. Bagusnyer.... Sy ni angin terlaluuuuu byk.... Nak amalkan makan betik la...

    BalasPadam
  3. Kakak suka betik Ros. Sebab itu di laman rumah kakak walau semuanya pokok bunga ada satu pokok betik yg sentiasa berbuah. Manis tau. Seminggu at sekali ada yg masak.

    BalasPadam
  4. oh..baru plak tahu khasiat betik utk buang angin..
    nasib baik betik pun menjadi buah kegemaran..:)

    BalasPadam
  5. betik mmg peberet saya... tapi kat Bradford ni xde pula betik....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...