بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 27 Ogos 2013

Ayat pembatal sihir

Assalamualaikum


Ayat yang biasa di baca ustaz / ustazah jika berubat


Zaman sekarang dah kembali ke zaman dahulu. Banyak orang menggunakan sihir kerana tak puashati dengan kebahagiaan orang lain atau ingin melihat orang tersebut tidak bahagia. Carilah kebahagiaan diri masing-masing.

Bagi yang ditimpa musibah sihir ini, bersabarlah. Allah sedang menguji kita dan saya yakin dugaan ini untuk membuatkan kita lebih dekat kepada Allah. Ini antara nasihat yang cukup terkesan dihati saya. Mereka yang berbuat tidak baik, ada juga bahagian mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Selain ayat Kursi dan 3 Kul, Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


UI: Sekadar perkongsian dan ingatan buat saya


5 ulasan:

  1. terima kaseh sudi share kak..nanti boleh hebahkan dekat siapa2 yg memerlukan..

    BalasPadam
  2. salam lembaran....Ummi Iman..

    memang bagus untuk diamalkan....walau pun zaman dah moden tapi sihir masih di gunakan...tq kongsi info nie....

    BalasPadam
  3. salam lembaran....Ummi Iman..

    memang bagus untuk diamalkan....walau pun zaman dah moden tapi sihir masih di gunakan...tq kongsi info nie....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...