بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 30 Ogos 2013

Asian Taste Laksa Sarawak sedap juga

Assalamualaikum

Bila makan laksa Sarawak pasti teringat arwah mak itam yang telah meninggalkan kami baru-baru ni. Laksa Sarawak mak itam memang sedap. Orang Sarawak memang pandai buat laksa Sarawak. Teringat kakak masa bekerja di KL dulu. Sedap juga laksa sarawaknya. Bertambah-tambah makan. Rindu kak Nor yang mesra dan peramah tu.

Tunjuk katalog Asian Taste

Laksa Sarawak dengan air bandung cincau

Bila terliur nak makan laksa sarawak, saya suka makan di Asian Taste yang terletak di Harbour Place, Klang. Ini kali kedua makan laksa sarawak di sini. Kali pertama dulu rasanya lebih ummmpphh. Kali kedua terlebih santan / susu cair. Tapi tetap membuka selera. Entah kenapa suka sangat makan laksa Sarawak. Rasa rempahnya tu yang buat teringat-ingat.

5 ulasan:

  1. salam dik

    akak x pernah makan laksa sarawak nie
    tapi pernak tgk kawan makan .. mee dia lain kan .. hurmm nanti leh cuba .. rasanya di SR ada kan ;)

    BalasPadam
  2. nampak menyelerakan....rasa teringin pula nak makan....

    BalasPadam
  3. tak pernah makan laksa sarawak..ramai kata sedap....harus mencuba nihh

    BalasPadam
  4. dulu, kat maju junction ada jual laksa sarawak, mmg sedap... skng x pasti sbb da pindah opis...

    BalasPadam
  5. eca makan kat SR je...ada jugak cakap laksa sarawak ne mee kari...sebab ada satu cafe kat sini, eca order mee kari, tapi dia cakap laksa...kwn lak cakap laksa sarawak..aishhh,pening dibuatnya..yg penting kenyang!

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...